Thursday, June 01, 2006

SAJAK ASAARI: Berita Gembira

Berita gembira buat pejuang-pejuang kebenaran setiap hari tiba
Sama ada yang kita tahu mahupun orang yang membawa berita
Motivasi kita makin luas orang terima
Daripada para guru, pensyarah, golongan proesional, pihak pentadbir, tida kurang juga ahli ekonomi
Orang-orang yang hendakkan Islam bercakap di mana-mana
Di institusi pendidikan, di pejabat, di kilang dan di mana-mana saja
Yang terhalang dan menjadi penghalang ialah kuasa politik dan sistem yang ada
Mereka yang sedar itu ibarat ikan-ikan yang hendak keluar dari empangan besar
Mereka telah berduyun-duyun dan berpusu-pusu di tepi empangan
Ikan-ikan ini menunggu empang pecah
Bila pecah empang, ikan-ikan yang naik ini akan pergi ke sebelah
Bgitulah golongan yang sedar ini menunggu-nunggu pemimpin kebenaran
Mereka sedang mencari jalan keluar
Terutamanya menunggu kerajaan yang ada ini beralih tangan
Bila sampai masa kehendak Allah
Ketika tiba jadual-Nya yang Allah tetapkan
Tuhan pun lakukan satu kejadian yang di luar dugaan
Di waktu itu seorang pemimpin kebenaran sangat dikehendaki oleh rakyat
Apabila Allah Taala munculkan
Rakyat yang telah bersedia ini akan datang berduyun-duyun bai`ah memberi taat setia
Di waktu itu pemimpin yang terdahulu terpingan-pinga dan malu
Termasuk seluruh orang politik rasa kecewa.


- Asaari Muhammad, 11 Oktober 1999


Daripada sajak di atas, beberapa pekara perlu diperhatikan:

i. Propaganda Haji Asaari telah meresap masuk ke dalam golongan menengah atasan iaitu pegawai tinggi kerajaan dan ahli profesional. Target ini dibuat kerana mereka merupakan penggerak utama negara. Haji Asaari melalui syaikat motivasinya, Pusat Motivasi Qatrunnada (kini ditukar nama kepada Pusat Motivasi Harmoni) telah mendekati kelompok ini bagi mempromosikan peribadi Haji Asaari dan perjuangannya yang berjaya dihidupkan semula. Haji Asaari berkeyakinan kelompok ini tidak bersetuju dengan kerajaan yang ada dan akan menyokongnya sekiranya dirinya dilantik menjadi Perdana Menteri nanti.


ii. Haji Asaari berpendapat selepas Daulah berlaku, setiap rakyat di Malaysia akan ‘berbai`ah’ iaitu perjanjian taat setia dengan dirinya sebagai perdana menteri.

iii. Tiada sistem pilihanraya yang akan dibuat bagi menaikkan dirinya sebagai Perdana Menteri.



SAJAK ASAARI: Rahsia Besar II

Indah sekali kedatangan Imamul Mahdi yang ditunggu-tunggu
Di waktu itu tapak Islam telah sedia dibangunkan oleh Pemuda Bani Tamim dan orang-orangnya
Juga wazir-wazirnya telah siap sedia dan sudah pun bertemu satu sama lain
Imamul Mahdi ibarat bulan purnama yang terang benderang cahayanya
Wazir-wazirnya ibarat bintang-bintang di langit yang memagari bulan purnama
Kelebihan wazir-wazir yang batin adalah faktor hati mereka
Tapi kelebihan yang lahir masing-masing ada keistimewaannya
Sheikh Syamar mempunyai pengikut-pengikut yang ramai di seluruh Timur Tengah di kalangan puak Badwi
Yang akan memberi taat setia kepada Pemuda Bani Tamim
Kemudian selepas Daulah, kepada Imamul Mahdi Al Muntazar
Sheikh Abdul Nasir pula seorang sekular yang faham ilmu dunia
Tahu berbahasa Perancis dan tahu ilmu dunia
Dr. Abdul Salam Harras pula pakar ilmu syariat
Berpengalaman mengajar dan faham menyusun sistem pendidikan secara moden
Sheikh Abdul Qadir pula keistimewaannya adalah pakar ekonomi
Seorang tokoh koporat yang kaya dengan perniagaan yang akan membantu ekonomi Daulah nanti
Pekerja-pekerjanya pula sangat ramai tenaga mereka bilangannya sekitar 40 ribu orang
Sheikh Mahmud Affandi kelebihannya ramai pengikutnyaJuga seorang yang agak kaya, tapi kaya harta
Kekayaannya juga boleh menyumbangkan untuk kebangkitan Islam di akhir zaman.
Sheikh yang di Iraq kelebihannya adalah ilmu kitab
Ia boleh dikatakan seorang yang sangat alim di zamannya
Dia juga boleh dijadikan pakar rujuk di dalam soal nas dan dalil
Pemuda Bani Tamim yang akan menjadi orang kanan Imamul Mahdi dengan takqir Tuhan banyak juga kelebihannya
Dia adalah seorang datang berjuang menegakkan Daulah sebagai Tapak Ummah sedunia
Pengikut-pengikutnya dan para simpatinya agak ramai seluruh dunia khususnya di Asia
Pengaruhnya diketahui oleh dunia
Kelebihannya yang utama yang dianugerahkan Tuhan kepadanya ialah ilmu ilham atau ilmu minda
Ilmu mindanyalah yang akan diamalkan di seluruh dunia di masa Imamul Mahdi memerintah dunia
Di samping itu kerana dia wazir yang berjuang, Tuhan beri kepada-Nya ilmu strategi
Setengah strategi payah hendak dikesan oleh musuh-musuhnya
Kerana itulah di dalam dia kena tahan pun perjuangannya masih berjalan
Begitulah kurniaan Tuhan yang diberi kepadanya
Di sini kita lihat wazir-wazirnya mempunyai berbagai-bagai kepakaran yang berlainan
Gabungan kepakaran itulah nanti akan membangun dunia Islam kali kedua
Begitulah ilmu yang diberi Tuhan kepada saya untuk perhatian kita semuanya
- Asaari Muhammad, 25 Januari 2000


Daripada dua sajak sebelum ini, penulis berjaya mendapat maklumat dan elemen penting tentang ‘Daulah Islamiah’ yang dibayangkan oleh Haji Asaari. Sajak ini tidak pernah didedahkan kepada ahli kerana anggota kabinet ‘zaman daulah’ masih dirahsiakan olehnya. Terdapat beberapa maklumat penting berasaskan dua sajak tersebut;

i. Antara tujuan Haji Asaari membuat delegasi dan rombongan ke negara-negara Timur Tengah dan Uzbekistan ialah untuk mencari wazir-wazir (menteri kabinet) yang didakwa mendapat tahu daripada Rasulullah melalui ‘yaqazah’. Rombongan ke luar negara menjadi agenda utama al-Arqam ketika era antarabangsa untuk mengaitkan pertubuhannya dengan organisasi Islam yang berpengaruh di negara-negara terbabit.

ii. Antara wazir-wazir yang akan menjadi menteri kabinet ketika Imam Mahdi memerintah ialah:

1. Haji Asaari, Malaysia, Pemuda Bani Tamim.
2. Sheikh Syamir; Jordan. Ketua puak Badwi.
3. Sheikh Mahmud Affandi; Turki. Tokoh Korporat.
4. Sheikh Abdul Nasir, Arab Saudi. Sarjana.
5. Dr Abdul Salam Harras, Maghribi. Rektor Universiti Qawariyyun.
6. Sheikh Abdul Qadir, Turki. Sheikh tarekat dan pakar ekonomi.
7. Sheikh Abdul Qahhar, Iraq.
(SEDANGKAN SEMUA ULAMA INI TIDAK PERNAH TAHU MEREKA AKAN JADI WAZIR - ASAARI CLIAM DIRI DIA SEKALI)

iii. Haji Asaari berpandangan bahawa perjuangannya dibantu Allah apabila strateginya sukar dikesan oleh pihak musuh. Sebagaimana yang dibincangkan dalam beberapa bab sebelum ini, penulis mendapati Haji Asaari sering menukar dan merancang strategi untuk memastikan survival pertubuhan yang dipimpinnya.

iv. Haji Asaari menggambarkan dirinya berstatus dan kedudukan yang lebih tinggi berbanding ‘wazir’ yang lain. Ini sekaligus boleh menimbulkan rasa kagum yang kuat terhadap peribadinya apabila perkara ini didedahkan kepada pengikutnya.Haji Asaari melalui wakilnya masih berhubungan dengan wazir-wazir tersebut walaupun dirinya ditahan di bawah Akta Kediaman Terhad. Ini dapat dibuktikan melalui frasa; “Yang bernama Sheikh Abdul Nasir yang telah bertemu saya di pejabat Aeilah di Selayang tiga tahun dahulu” dan “Kerana itulah di dalam dia kena tahan pun perjuangannya masih berjalan”. Rangkaian ini boleh dilihat sebagai satu kesatuan dalam bertindak merealisasikan ‘Daulah Islamiah’ acuan Haji Asaari. Walaupun tidak dapat dipastikan sama ada ia bersifat keganasan atau tidak, namun ia berkemungkinan menggunakan elemen keganasan bagi mencapai matlamat tersebut. Ini kerana keadaan politik yang tidak stabil akan menjadikan Haji Asaari bertambah minatnya untuk menjadi Perdana Menteri dan bertambah percaya ‘Daulah Islamiah’ semakin hampir.

SAJAK ASAARI: Rahsia Besar I

Kawan-kawan seperjuangan, satu rahsia aku bukakan buat kalian
Tentang wazir-wazir Imamul Mahdi di akhir zaman
6 orang di antaranya telah aku bertemu secara zahir di dalam pengembaraan
Kecuali seorang belum aku jumpa iaitu yang di Iraq di negara Saddam, namanya Abdul Qahhar, yang paling alim di antara semuanya
Di antara mereka itu ialah Sheikh Syamir ketua kepada puak Badwi yang tinggal di Jordan
Aku telah beberapa kali bertemu dengannya bersama-sama makan termasuk di rumahnya dan juga pernah berkelah bersamanya di tengah padang pasir
Pengikut-pengikutnya ada lima juta di seluruh Timur Tengah
Beliau tidak tahu menulis dan membaca tetapi hatinya terang dan lurus itu membaca dengan hatinya
Orang kanannya ialah Abu Mus’ab, seorang engineer kelulusan Amerika berada di Jordan
Seorang yang intelek dan mempunyai akhlak yang mulia dan tinggi
Di Maghribi ada seorang aku bertemu bersama rombongan dan menjadi tetamunya
Namanya Dr. Abdul Salam Harras, seorang pensyarah di Universiti Qarawiyyin, bahagian Syariah
Dia seorang yang peramah dan boleh diterima oleh semua golongan ulama
Ia tinggal di bandar Fes, Maghribi
Di negara Turki ada dua orang, kedua-duanya berada di Istanbul
Seorang namanya Sheikh Mahmud Affandi, Sheikh Tareqat Naqsyabandi
Mempunyai pengikut yang ramai, para wanitanya memakai jilbab berwarna hitam
Mempunyai pengajian yang tersendiri yang berpusat di Istanbul yang bersejarah
Seorang lagi bernama Syiekh Abdul Qadir, juga seorang Sheikh Tareqat
Orangnya besar dan tinggi serta senang ditemui
Ia seorang intelek dan koporat yang terkenal di negara Turki
Mempunyai beberapa syarikat dan fabrik yang agak besar dan terkenal
Pekerja-pekerjanya kalau saya tidak silap seramai empat puluh ribu semuanya di seluruh negara
Seorang lagi yang berketurunan Maghribi yang berulang alik di antara Saudi dan Maghribi
Tapi ia telah bermukim di Saudi
Seorang yang mendapat pelajaran di negara Perancis
Yang bernama Sheikh Abdul Nasir yang telah bertemu saya di pejabat Aeilah
[2] di Selayang tiga tahun dahulu
Orang kananya ialah seorang Dr. Phd, Mahmud namanya
Yang masih muda dan berpelajaran tinggi
Semua mereka itu di waktu ini sebelum Imam Mahdi zahir, bertawasul dengan Pemuda Bani Tamim
Tetapi pengikut-pengikut mereka bertawasul dengan Sheikh-sheikh mereka sendiri
Mereka telah bertemu satu sama lain di alam rohaniah
Mereka telah kenal satu sama lain kerana sumber berita yang mereka terima dari sumber yang sama
Iaitu dari Rasulullah SAW dan Imamul Mahdi Al Muntazar
Jika mereka bertemu maka seolah-olah sudah lama berkenal
Begitulah kuasa dan Jadual Tuhan buat akhir zaman yang amat unik sekali
Di antara mereka wazir utama adalah Pemuda Bani Tamim yang diceritakan oleh Nabi
Dia juga ada orang kanannya tetapi tidak perlu saya ceritakan
Selepas itu ialah Sheikh di Iraq yang belum aku ketemukan
Kemudian jatuh kepada Sheikh Abdul Nasir yang pernah diceritakan
Wazir yang akhir sekali ialah Sheikh Mahmud Affandi yang di Turki
Haris Al Harras yang diberitakan oleh Hadis adalah menjadi guide untuk pertemuan semuanya
Dia adalah biasa dan lama tinggal di negara-negara Arab tapi bukan wazir Imam Mahdi
Seorang yang sangat alim dan keturunan Imam Bukhari yang terkenal
Para-para wazir selain bertawasul dengan Pemuda Bani Tamim juga mendoakan kemenangan di Malaysia
Mereka sangat merindui untuk bertemu dengan Pemuda itu dengan tidak sabar-sabarnya
Begitulah sedikit berita yang patut aku beritahu kepada ikhwan semuanya
Itu adalah sesuatu yang Allah Taala taqdirkan buat saya melihatkan kebesaranNya
Ia juga petanda Daulah sudah dekat dan Imam Mahdi telah hampir tibaBerita gembira buat kita
- Asaari Muhammad, 21 Januari 2000

[2] Aeilah Sdn. Bhd. adalah syarikat milikan Haji Asaari pada tahun 1995-97.

SAJAK ASAARI: Perjuanganku

Tuhan! Lebih kurang 30 tahun aku berjuang
Menyedarkan dan mengumpulkan umat untuk berada di dalam satu jemaah dan satu barisan
Ia telah berlalu dan berlaku berbagai-bagai tahap dan peringkat
Tahap pertama, berdakwah secara rambang, kedua melalui pendidikan ilmu dan akal, ketiga melalui ilmu dan hati
Sepanjang 30 tahun itu ujian demi ujian telah berlalu dan berlaku
Sama ada secara individu mahupun secara jemaah
Ia berlaku secara kecil-kecilan dan besar-besaran
Yang terbesar berlaku tahun 1994 iaitu pengharaman dan tangkapan
Maka tertapis dan tersaringlah di kalangan anggota jemaah
Yang terpelanting itu termasuk orang-orang penting dan sebahagian pemimpin utama
Bahkan mereka menentang pula dan bekerjasama dengan musuh jemaah
Pernah di suatu masa sekitar setahun aku tinggal keseorangan bersama keluarga di dalam rumah
Bahkan ada di kalangan keluarga yang sudah renggang dan memandang sepi
Tapi aku bersyukur kepada-Mu Tuhan, di waktu itu aku tidak melatah
Aku diberi ketenangan dan mempunyai satu keyakinan, menunggu bahawa ada masa perjuanganku akan bangun kembali kali kedua
Di waktu itu aku berpeluang mendidik anak-anak dibantu oleh para isteri yang setia
Terutama Ummu Jah dan Ummi Nur menjadi orang kananku
Sekarang; Tuhan, Engkau takdirkan aku dapat mengutip semula anak-anak didikan yang telah berpecah-belah
Aku didik mereka melalui ilmu dan hati
Ilmu itu Engkau juga yang memberi dengan berkat Rasul-Mu dan Imam Mahdi-Mu
Rupanya kebangkitan kali kedua ini walaupun nampaknya tidak semeriah dahulu
Tapi ia ‘makan dalam’, kesannya sungguh mengkagumkan
Di dalam ketenangan itu ia berjalan dengan laju
Perpaduan dan kasih sayang lebih erat dan teguh dari dahulu
Rasa bertuhan mula berbunga, sembahyang malam sudah mula menjadi kebiasaan
Pengorbanan anggota lebih laju dan ikhlas dari sebelumnya
Projek-projek telah mula merecup tumbuh bak cendawan di musim hujan
Kelihatan rahmat dan barakah mula melimpah ruah
Para simpati dari hari ke hari bertambah ramai
Yang datang itu berbagai-bagai golongan
Termasuk kaum Cina yang belum Islam
Tuhan, aku harap tahap yang ketiga ini janganlah dipisahkan lagi kami
Biarlah mereka yang ada ini walaupun sedikit termasuk pemimpinnya terus jadi
Aku harap Tuhan, yang ada ini biarlah jadi tapak kepada Daulah
Seterusnya ia akan jadi tapak pula kepada Ummah
Inilah yang aku harapkan wahai Tuhan

- Asaari Muhammad, 6 Januari 2000


Daripada sajak di atas; Haji Asaari telah menceritakan peringkat-peringkat perjuangannya. Ia bermula daripada peringkat pertama; dakwah secara rambang, kedua; pendidikan ilmu dan akal, ketiga; melalui ilmu dan hati. Setiap tahap ini perlu difahami kerana ia akan memudahkan pemerhatian terhadap al-Arqam yang telah berubah daripada institusi dakwah kepada satu pertubuhan radikal yang mempunyai bercita-cita politik tersendiri. Selain itu, Haji Asaari juga menceritakan tentang sekatan perundangan terhadap al-Arqam sehinggalah memberi kesan terhadap perjuangannya. Elemen yang paling utama dalam sajak ini ialah tentang niat peribadinya untuk menghidupkan semula organisasinya, (yang bukan semestinya al-Arqam) bagi mendokong falsafah dan ideologi di fikirannya. Kenyataan ‘Sekarang; Tuhan, Engkau takdirkan aku dapat mengutip semula anak-anak didikan yang telah berpecah-belah’ secara jelas membuktikan bahawa Haji Asaari masih terlibat dalam usaha menghidupkan ajaran yang telah diharamkan oleh Kerajaan melalui Majlis Fatwa Kebangsaan dan mengumpul keahlian. Selain itu juga, Haji Asaari telah menyatakan bahawa dua orang isterinya iaitu Khadijah ‘Aam (Ummu Jah) dan Tengku Noraini (Ummi Nor) telah berperanan membantu perjuangannya. Sehubungan itu, penahanan kedua-dua isterinya di bawah Akta Kediaman Terhad adalah suatu yang wajar memandangkan arahan daripada keduanya lebih ditaati oleh pengikutnya berbanding arahan pemimpin lapisan pertama.

SAJAK ASAARI: Sohibuzzaman

Setiap masa ada Sohibuzzaman
Ertinya orang yang menguasai di zamannya
Sebagai rahmat Allah kepada umat khususnya umat Islam
Sohibuzzaman ada dua kategori
Sohibuzzaman di awal kurun adalah mujaddid, laksana kedatangan rasul di zaman adanya rasul
Kalau bukan di awal kurun dia adalah Ghaus; ketua wali di zamannya
Dia adalah laksana nabi di zaman adanya Nabi
Pimpinan mujaddid adalah memimpin lahir dan batin manusia
Pimpinan Ghaus adalah secara batin dari berkatnya
Mujaddid yang menonjol padanya adalah perjuangan, mindanya dan pimpinannya
Tapi Ghaus yang menonjol padanya adalah ibadahnya dan zuhudnya
Apa maksud Sohibuzzaman?
Iaitu orang yang paling arif atau kenal Tuhan di zamannya
Dan yang sangat mendalam rasa bertuhan dan rasa kehambaan
Yang sangat mendalam tentang ilmu hati manusia
Dia dapat ilham dari Tuhan
Sangat faham mendidik manusia dan memberi kesan
Peristiwa-peristiwa di zamannya dia sangat faham
Sekali-sekala mendapat berita ghaib dari Tuhan
Yang diberitakan oleh Nabi kepadanya
Dia sentiasa mendapat petunjuk dari Allah Taala
Bahkan dia adalah orang yang paling bertaqwa di zamannya
Sebagai angerah Tuhan kepadanya
Kedatangan Sohibuzzaman ramai yang tidak kenal
Kecuali sedikit di kalangan umat Islam
Bahkan manusia menimpakan kesusahan kepadanya
Padahal secara tidak disedari dia membawa berkat
Manusia di zamannya mendapat berkat daripadanya
Dengan sebabnya mereka dibantu
Mungkin ada orang dimurahkan rezeki disebabkannya
Mungkin ada orang yang mendapat keselamatan kerananya
Tidak kurang juga ada orang yang mudah mendapat ilmu kerana berkatnya
Ada orang yang dijauhkan bala bencana kerananya
Doanya kabul, orang boleh bertawasul kepadanya
Mereka itu siapa yang menghina akan terhina
Kalau tidak jangka pendek akan berlaku jangka panjang
Begitulah sedikit ilmu atau pengetahuan tentang Sohibuzzaman
Moga-moga kita faham ertinya Sohibuzzaman dan bagaimana sifat-sifatnya
Kerana Allah Taala hendak memperlihatkan kemuliaan kepada manusia
Kedua-dua peringkat Sohibuzzaman itu masing-masing diberi karamah oleh Tuhan
Biasa karamah yang berlaku kepada mujaddid banyak yang bersifat maknawi dan rohani
Seperti mindanya, kesabarannya, keberaniannya, mudah orang jatuh hati, doanya, perjuangan dan strateginya yang tepat
Berlainan sekali karamah-karamah yang berlaku kepada Ghaus
Karamah mereka banyak yang bersifat lahir atau zahir
Seperti berjalan di atas air, duduk di udara, menunggang harimau, makanan terhidang tanpa mengusahakannya, pegang daun jadi duit.

- Asaari Muhammad, 14 Febuari 2000


Berdasarkan sajak di atas, Haji Asaari telah membuat satu doktrin baru dalam memperkenalkan dirinya iaitu sebagai sohibuzaman. Perkara ini tidak pernah tercetus ketika zaman al-Arqam tetapi baru sahaja diperkenalkan pada tahun 2000. Sohibuzaman bermaksud ‘pemilik kuasa pada zaman ini’ merujuk kepada gelaran lain bagi Haji Asaari yang sebelum ini ‘berpangkat’ Pemuda Bani Tamim. Sebagai sohibuzaman, Haji Asaari mendakwa dirinya sering mendapat panduan daripada Rasulullah s.a.w. (secara jaga dan sedar) dan mendapat ilham daripada Allah. Daripada sajak di atas juga, Haji Asaari menampakkan kepada para pengikutnya bahawa dirinya memenuhi ciri-ciri sohibuzaman yang boleh memiliki bermacam-macam kelebihan dan keistimewaan. Haji Asaari mendakwa dirinya mempunyai karamah seperti pemikirannya yang diterima orang, kesabarannya menghadapi tekanan kerajaan, strategi perjuangannya dan ramai orang mudah terpesona dengan karismanya. Proses penanaman doktrin ini berlangsung dengan mudah memandangkan para pengikutnya sudah semakin taksub dan tidak lagi berupaya memikirkan secara rasional. Haji Asaari seringkali mengarahkan pengikutnya agar menghilangkan fungsi akal kerana ideologi yang dibawanya itu tidak dapat difikirkan oleh akal. Ini membuatkan semua pengikutnya bertambah taksub dan rasa terhutang budi kepada Haji Asaari.

SAJAK ASAARI: Kebangkitan Islam

Kebangkitan Islam kali kedua bertaraf dunia sifat atau wataknya akan sama seperti yang pertama
Pemimpin yang pertama dan utamanya, Rasulullah SAW dari Bani Hasyim
Orang kananya yang utama dari Bani Tamim, Sayidina Abu Bakar
Selepas itu ada Sahabat yang empat kemudian yang sepuluh yang dijanjikan Syurga oleh Nabi
Kemudian Sahabat-Sahabat pilihan bilangan 25 dan 40
Selepas itu bilangan 313 juga mereka yang masyhur berjasa
Sesudah itu Sahabat-Sahabat Muhajirin dan Ansar secara umum amat ramai
Begitu jugalah kebangkitan Islam kali kedua
Pemimpin pertama dan utama adalah Imamul Mahdi dari Bani Hasyim
Orang kanannya seorang yang dikatakan Pemuda Dari Bani Tamim
Sesudah itu ada golongan Rufaqa’ dan Hawari seolah-olahnya Muhajirin dan Ansar di zaman Nabi
Ada golongan empat, ada golongan sepuluh seterusnya ada bilangan 25 dan empat puluh
Selepas itu ada golongan 313 seperti di zaman Nabi
Kemudian golongan Asoib yang terlalu ramai bilangannya
Seolah-olah mereka umum para Sahabat di zaman kebangkitan yang pertama
Yang berbeza di zaman Nabi tidak disebut 7 orang wazir
Tapi di zaman Imam Mahdi disebut ada 7 wazir orang kanannya
Bersedialah membaiki diri dengan sesungguhnya
Agar Allah Taala mensenaraikan nama kita di dalam catatan
Kalau tidak boleh menjadi empat ada golongan sepuluh
Tidak boleh menjadi golongan yang sepuluh termasuk bilangan 313 yang berjasa
Paling tidak menjadi Asoib yang juga dikira berjasa kepada agama
Selain itu hanya awamul Muslimin manusia biasa
Masih ada peluang buat kita semua merebutnya
Bersunguh-sungguhlah dari sekarang merebut peluang ini
Paling tidak termasuk golongan Asoib yang dijamin Syurga pun boleh tahan juga
Berjuanglah bersungguh-sungguh jangan putus asa

- Asaari Muhammad, 5 Febuari 2000
Elemen dan maklumat daripada sajak di atas;

i. Haji Asaari telah membuat analogi bahawa perjuangannya kini bertepatan dengan perjuangan Rasulullah. Ini dibuat bagi meyakinkan para pengikutnya bahawa dia membawa satu kebenaran yang tidak boleh lagi dipersoalkan. Analogi ini dapat dilihat menerusi perkaitan keturunan Rasulullah dan Imam Mahdi dari Bani Hashim dan Abu Bakar dan Haji Asaari (sebagai pembantu) daripada Bani Tamim.Haji Asaari telah membuat susunan dan hierarki kabinet ketika zaman ‘Daulah’ kelak. Ini dimulakan dengan Imam Mahdi, tujuh orang wazir (menteri – termasuk dirinya), pemimpin berkelompok (4, 10, 25, 40 dan 313), dan akhirnya ahli-ahli Rufaqa’ (Malaysia) dan Hawariyun (Indonesia). Susunan ini dibuat sendiri oleh Haji Asaari dan penilaian berterusan turut dijalankan. Hanya pengikutnya yang dapat memberi komitmen, pengorbanan harta dan tenaga serta mempunyai kepakaran atau kelebihan tertentu akan digolongkan mengikut keputusan muktamad dari Haji Asaari.

SAJAK ASAARI: Janji Tuhan Untuk Kita

Selama ini kita hanya membaca sejarah
Bagaimana janji-janji Tuhan berlaku kepada jemaah kebenaran di masa yang sudah
Janji itu berlaku, dan bagaimana ia berlaku hanya diketahui di dalam kisah
Seronok kita mendengarnya, iri hati kita dibuatnya
Rupa-rupanya kita juga direzekikan oleh Allah Taala
Bahawa di kurun kita ini ada janji Tuhan kepada umat Islam
Iaitu Islam akan menang dan gemilang sekali lagi
Ini adalah giliran bangsa Timur atau rumpun Melayu
Kita tidak menduga bahawa pembangun kegemilangan itu adalah dari Jemaah Muhammadiah
Kita termasuk orang yang berada di dalamnya
Teraju pemerintahan itu akan diserahkan kepada Jemaah Muhammadiah
Daulah itu akan berlaku di tangan kita, insya-Allah
Tidak lama lagi, ia di ambang pintu
Ia berlaku di alaf 2000
Ertinya tidak lama lagi
Anugerah itu kita akan saksikan
Rupanya apa yang berlaku di dalam sejarah itu akan berlaku di tangan kita
Marilah bersedia kita menerimanya dengan rasa bersyukur
Marilah kita merendah diri di hadapan Tuhan, kerana malu menerimanya
Kita tidak layak tapi sudah ketentuan Tuhan
Maha besar Engkau Tuhan, Maha Agung Engkau ya Rafiqul A’la
Moga-moga kami bersyukur, moga-moga agama-Mu kami junjung
Semoga kami menjadi payung
Untuk semua manusia berlindung

- Asaari Muhammad, 22 November 1999

Setiap sajaknya akan menjurus kepada perkara-perkara yang menjadi agenda utama perjuangan organisasi yang dipimpinnya. Jika dinilai, ia sebenarnya seumpama panduan dan modus operandi kepada para pengikutnya untuk bertindak secara agresif dan radikal bagi memastikan semua yang diramalnya menjadi kenyataan. Perkara ini dinamakan sebagai ‘era pembuktian’, iaitu setiap pemimpin lapisan pertama dan kedua serta para pengikutnya perlu bekerja keras mengikut ‘skrip’ yang telah disebutkan. Berikut adalah elemen atau maklumat berasaskan sajak di atas;

i. Haji Asaari menekankan bahawa organisasi yang dipimpinnya adalah ‘Jemaah Kebenaran’. Dia sering mengkuliahkan ciri-ciri ‘Jemaah Kebenaran’ dan pemimpinnya yang secara sedar dan langsung merujuk kepada dirinya sendiri. Baginya, ‘Jemaah Kebenaran’ akan mendapat kuasa di akhir zaman ini. Dengan itu, semua pengikutnya begitu yakin dan enggan memisahkan diri daripada pertubuhan terbabit.

ii. Haji Asaari juga berkeyakinan kuasa dunia akan didominasi oleh bangsa Melayu. Sehubungan itu, Haji Asaari hanya menumpukan negara-negara yang ramai penduduk Melayu atau pemastautin Melayu sebagai sasaran cita-cita politiknya. Antara negara tersebut ialah Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei, Thailand, Australia. Kesemua barisan kepimpinan yang dijangka menjadi anggota kabinet Menteri juga terdiri daripada bangsa Melayu. Kelompok sasaran mereka di negara Eropah dan Timur Tengah juga terdiri daripada profesional dan pelajar Melayu.

iii. Haji Asaari seringkali menamakan organsisinya sebagai ‘Jemaah Muhammadiah’ yang berasaskan amalan Aurad Muhammadiah. Walaupun al-Arqam telah berkubur dan kini dirinya menjadi pemimpin organisasi perniagaannya, dia tetap menjadi Amir (ketua) Jemaah Muhammadiah. Inilah faktor yang menjadi ikatan utama mengapa Haji Asaari masih tetap dengan pendirian perjuangan ideologinya. Hakikatnya, al-Arqam hanyalah pada nama. Iakatan mereka ialah atas nama jemaah Aurad Muhammadiah. Ini bermakna ajaran Aurad Muhammadiah masih terus hidup.Haji Asaari seringkali mengekspoitasi ilmu tasawuf untuk kepentingan ideologinya. Dia akan membuat arahan bahawa para pengikutnya perlu memperbaiki diri dan rasa rendah diri kerana mendapat peluang membina ‘Daulah Islamiah’. Elemen ini begitu kuat dimainkan olehnya memandangkan para pengikutnya sememangnya taksub dengan ilmu tasawuf tafsirannya. (Ia dinamakan sebagai ‘minda abuya’).

SAJAK ASAARI: Peristiwa Yang Besar Akan Berlaku

Tidak lama lagi peristiwa karamah yang besar akan berlaku
Sebagai memuliakan Pemuda Bani Tamim yang dijanjikan
Apabila Pemuda ini berkuasa di dalam Daulah
Khawariqul ‘adah berlaku sangat terserlah
Dengan didikan minda, rakyat mudah berubah
Taat setia mereka kepada pemimpin luar biasa
Lahirnya para-para pemimpin yang selama ini belum ternama
Hasil didikan Pemuda Bani Tamim dengan minda yang luar biasa
Iman setiap orang yang sedia ada dinaikkan 40% lagi
Pemimpin-pemimpin politik makin lama makin dilupakan
Rakyat pun tidak hormat kepada mereka kerana terlalu berbeza dengan pemimpin yang ada
Lebih-lebih lagi ulama terlalu malu berhadapan dengan suasana yang ada
Usaha dan perjuangan mereka gagal
Yang berjaya, pemimpin yang telah dilupa
Adakalanya mereka malu untuk membuat ceramah dan forum di dalam negara
Mereka menghilangkan diri, tidak muncul lagi di tengah masyarakatnya
Akhirnya mereka dilupakan oleh masyarakatnya dan rakyatnya
Di masa yang sama berbondong-bondong pengunjung-pengunjung yang datang dari pelosok dunia
Datang ke Malaysia mengucapkan tahniah atau melihat Daulah yang tidak diduga
Bahkan orang-orang kafir pun ikut serta melancong ke Malaysia melihat Daulah
Mereka juga turut bergembira berada di negara yang aman makmur, tenang dan harmoni
Kedatangan orang ke Malaysia macam kedatangan orang ke Mekah
Ke Mekah orang buat haji dan umrah
Ke Malaysia manusia datang melihat Daulah dan Pemimpin yang disayangi
Kemudian pengaruh Pemuda ini melebar luas terutama di kawasan Timur dan Khurasan yang dijanji
Sekitar 2 tahun pemerintahannya, Imamul Mahdi pun muncul
Pemuda ini pun menyerahkan kuasanya kepada Imam Al Muntazar
Pemuda ini pun dilantik salah seorang Wazir di bawah pemerintahannya

- Asaari Muhammad, 10 Oktober 1999
Daripada sajak di atas, terdapat bebarapa elemen yang digarap oleh Haji Asaari sebagai satu keyakinan dalam perjuangannya.
i. Haji Asaari telah merencanakan bahawa sekiranya mendapat jawatan Perdana Menteri, para pemimpin dalam Rufaqa’ Corporation akan dilantik menjadi barisan kabinet menterinya.
ii. Malaysia yang akan berubah menjadi ‘Daulah Islamiah’ tidak akan menjejaskan ketenteraman awam dan mendapat pengiktirafan daripada masyarakat dunia.
iii. Haji Asaari menganggarkan bahawa tempoh pemerintahannya menjadi Perdana Menteri Malaysia selama dua tahun dan kemudiannya jawatan itu akan dipegang oleh Imam Mahdi.
iv. Wilayah ‘Daulah Islamiah’ meliputi negara Asia Tenggara sehingga Asia Tengah (Khurasan – Uzbekistan). Bagaimanapun, kaedah perluasan kuasa itu tidak dinyatakan oleh Haji Asaari kepada pemimpin dan pengikutnya.
v. Haji Asaari seringkali menampakkan sikap tidak sehaluan dengan mana-mana institusi agama mahupun individu berautoriti agama dalam cita-cita politiknya. Haji Asaari akan menjadi menteri kabinet kepada kerajaan Imam Mahdi yang akan memerintah dunia.

SAJAK ASAARI: Rentetan Bermulanya Daulah

Insya-Allah pada bulan November ini parlimen akan dibubarkan
Di waktu itu tidak sebuah parti politik yang berkuasa
Mahathir membubarkan dengan tujuan pilihan raya
Selepas itu Agong dan Sultan mengambil peluang
Berbincang dengan wakil India dan Cina
Memberitahu pilihan raya tidak ada
Para-para Sultan ingin melantik Tun Ghaffar menjadi PM Malaysia
Sultan memberitahu kalau pilihan raya diadakan takut krisis berlaku
Ini akan menyusahkan seluruh rakyat Malaysia
Lebih-lebih lagi rakyat Cina yang akan berhadapan dengan kesusahan ini
India dan Cina menerima pandangan itu dan bersetuju
Tun Ghaffar pun naik menjadi PM dan berkuasa
Pilihan raya pun tidak akan diadakan
Mahathir pula terhina kerana selepas itu rakyat makin menghinanya
Bahkan orang kampung pun tidak boleh menerimanya
Berbagai-bagai rakyat bersuara menempelak, mencaci, mengata
dan ada yang hendak membawanya ke mahkamah
Ada yang mengatakan pula cukuplah itu dia telah dihina oleh rakyatnya
Tidak dibawa ke mahkamah pun dia telah sangat terhina dan malu
Tun berkuasa di antara 3 hingga 6 bulan
Tun merasakan dia tidak mampu meneruskan kepimpinannya
Kerana orang ramai sudah terlalu jauh kesedarannya terhadap Islam
Ia pun berpakat dengan para-para Sultan dan Agong untuk mencadangkan saya
Semua para Sultan boleh menerimanya
Maka Daulah pun bermula
Orang-orang politik terpinga-pinga dan malu
Terutama ulama-ulama di dalam PAS sangat malunya
Kerana jalan yang mereka yakin tidak membawa hasilnya
Menunjukkan perjuangan mereka adalah palsu
Selepas itu mereka membisu

- Asaari Muhammad, 26 September 1999

Sajak di atas secara jelas menceritakan kronologi bagaimana Malaysia bertukar menjadi sebuah ‘Daulah Islamiah’. Elemen utama dalam sajak ini sebagimana berikut;
i. Haji Asaari telah menetapkan tarikh khusus berlakunya peristiwa tersebut, iaitu November 1999. Namun, sehingga kajian ini dibuat, tiada sebarang kemungkinan yang membolehkan ia berlaku. Bagaimanapun, para pengikutnya masih tetap yakin dan percaya.
ii. Tun Ghafar Baba akan menjadi Perdana Menteri dan menyerahkan kepada Haji Asaari setelah melihat kehendak rakyat. TAPI, TUN GHAFAR DAN MENINGGAL. ASAARI TENGAH PENING NI....
iii. Sultan dan YDP Agong turut dilibatkan dalam proses ‘Daulah Islamiah’ ini.
iv. Perlantikan Haji Asaari sebagai Perdana Menteri dijadikan titik mula Malaysia menjadi ‘Daulah Islamiah’.
v. Haji Asaari menentang proses pilihanraya yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan.

SAJAK ASAARI: Skrip Tuhan

Bagi orang yang peka dengan kebangkitan Islam Akhir Zaman kali kedua
Dia dapat membaca skrip Tuhan secara umum
Dia dapat mengikuti berdasarkan skrip peristiwa-peristiwa yang terjadi
Satu demi satu catatan skrip menjadi nyata
Babak demi babak berlaku di depan mata
Episod demi episod telah berlaku
Mana yang belum terjadi tidak sabar-sabar lagi menunggu peristiwa itu
Macamlah filem yang hendak dibuat didahului dengan skrip yang dicatatkan
Setiap yang terjadi setiap hari seolah-olah melihat filem dipandukan oleh skrip
Hero-hero di dalam filem daripada berbagai-bagai golongan yang terlibat telah berlakon mengikut skrip
Ada golongan yang heronya telah mati
Tidak kurang juga ada hero golongan yang mendapat luka-luka
Juga ada hero golongan yang telah jatuh wibawanya
Ada juga hero golongan yang telah dilupa kerana disangka dia telah mati
Skrip Tuhan ini ada babak-babaknya yang belum sempurna
Ertinya ada peristiwa-peristiwa yang belum terjadi
Orang yang faham skrip tidak sabar-sabar menunggu, bila akan terjadi?
Apakah akan terjadi juga?
Masing-masing bersangka, masing-masing menjadi tanda tanya, akan terjadi juga?
Orang yang tidak faham skrip Tuhan, buat skrip sendiri
Cuba melahirkan filem yang dibuat dan diusaha sendiri
Mereka lahirkanlah hero-hero mereka
Setiap golongan hero-heronyalah yang mengepalai perjuangannya
Masing-masing menonjolkan hero masing-masing
Setiap golongan yakin bahawa heronya yang akan menang
Mereka ini sedikit lagi akan terkejut
Rupanya skrip yang dijadualkan oleh Tuhan itulah yang akan terjadi
Semua golongan akan terkejut dan akan tergigit jari
Kerana hero yang ditentukan oleh Tuhan itulah yang akan terjadi dan menang


- ASAARI MUHAMMAD; 16 September 1999.

Istilah ‘Skrip Tuhan’ merupakan istilah yang serupa dengan ‘Jadual Allah’ sebagaimana yang digunakan ketika era al-Arqam. Haji Asaari berpendapat ‘Skrip Tuhan’ merujuk kepada kronologi peristiwa tanda-tanda akhir zaman yang terdapat dalam hadith Rasulullah. Hadith-hadith (YANG BELUM TENTU KESAHIHANNYA) tersebut dikumpulkan dan diolah agar selaras dengan sejarah perjuangannya bermula daripada era al-Arqam. Bagaimanapun, kebanyakan hadith tersebut bersifat umum, namun ditafsirkan mengikut perspektif perjuangannya. Sekali lagi dalam sajak di atas diulang semula bahawa ‘hero yang ditentukan oleh Tuhan itulah yang akan terjadi dan menang’ yang merujuk kepada dirinya sendiri yang akan mendapat kuasa politik di Malaysia.

SAJAK ASAARI: Janji Tuhan Untuk Umat Akhir Zaman

Mengikut keterangan Hadis
Kegemilangan Islam kali kedua di akhir zaman
Tapaknya adalah perjuangan dan jemaah yang diteraju oleh Ikhwan
Begitulah jawapan yang diberi oleh Rasul Akhir Zaman kepada para Sahabat Ridwanullahu'alaihim
Pemimpinnya adalah Pemuda Bani Tamim; Mujaddid Akhir Zaman
Para-para Sahabat sangat iri hati mendengar keterangannya
Ada yang berdoa agar umur panjang
Ia bermula dari Timur
Kemuncaknya adalah berpusat di Makkatul Mukarramah, pusat pentadbiran
Jemaah Ikhwan ini adalah bayangan jemaah Sahabat di zaman silam
Bilangan mereka sedikit tapi solid
Ikhwan bermaksud pejuang-pejuang yang menjadikan Tuhan sebagai ‘kawan’
Juga Ikhwan di antara satu sama lain sebagai persaudaraan
Mereka
Ruhbanu billail wa Fursanu fin Nahar
Malam jadi abid, siang menjadi pejuang
Mereka di antara satu sama lain seperti satu ibu dan satu ayah yang penyayang
Rupanya setiap kemenangan yang akan diperolehi oleh umat Islam di setiap zaman
Pejuangnya sudah dibayang
Macamlah kemenangan Muhammad al-Fateh
Bersama pejuang-pejuangnya ke atas Konstantinopel
Ciri-cirinya telah dibayangkan
Iaitu pemimpin yang baik, tentera yang baik, rakyat yang baik di zamannya
Setelah ciri-ciri ini wujud dengan sempurna diberilah kemenangan
Begitulah kebangkitan Islam kali kedua di akhir zaman
Bila ciri-cirinya wujud di dalam jemaah pejuang-pejuangnya
Tuhan akan memberi kemenangan
Ia pasti berlaku kerana itu adalah janji Tuhan
Mana-mana jemaah Islam akhir zaman di Timur dapat mengisi ciri yang telah digambarkan
Itulah dia jemaah Ikhwan
Kepada tangan mereka itulah yang akan diberi kemenangan
Selain jemaah ini semuanya kecundang
Marilah kita membaiki diri bersungguh-sungguh
Agar ciri-ciri sempurna untuk kemenangan

- ASAARI MUHAMAD; 13 September 1999.

Daripada sajak di atas, Haji Asaari secara jelas menyatakan bahawa kebangkitan Islam pada akhir zaman (dinisbahkan masa kini) akan bermula dari Timur iaitu secara khusus ialah Malaysia. Dia beranggapan mana-mana pertubuhan Islam dari wilayah Asia yang mempunyai ciri-ciri tertentu akan mendapat kemenangan (berbentuk pemerintahan atau kuasa pentadbiran). Haji Asaari juga sering menggunakan elemen tasawuf iaitu sentiasa membaiki diri (amalan ritual) agar pengikutnya layak diberi ‘kemenangan’ oleh Allah s.w.t. Selagi pengikutnya tidak menjalani proses ‘baiki diri’, maka Allah akan melambatkan atau menangguhkan Daulah Islamiah berlaku di tangan Haji Asaari.

Sajak itu juga menerangkan golongan ikhwan iaitu pengikut Haji Asaari. Ikhwan adalah nama tidak rasmi bagi Rufaqa’. Berikut adalah ciri-ciri ikhwan:
a. Kemenangannya telah dijanjikan oleh Allah. Pengikutnya perlu mendapatkan kemenangan tersebut.
b. Jumlahnya sedikit. Haji Asaari seringkali membuang pekerjanya yang ingkar dan banyak mempersoalkan ideologinya. Baginya, ahli jemaah kebenaran hanyalah sedikit iaitu dengan anggaran 313 atau 500 orang.
c. Menjadi tentera kepada Imam Mahdi. Ahli Rufaqa’ akan menjadi tentera kepada Imam Mahdi dalam menegakkan negara.

SAJAK ASAARI: Suatu Kuasa Akan Runtuh Tidak Lama Lagi

Satu kuasa akan runtuh tidak lama lagi
Insya-Allah , kita akan sama-sama saksikan
Tanda-tandanya telah terjadi
Setiap hari tanda-tandanya itu makin terserlah
Aku dan rakan-rakanku yang telah diberitakan sebelum ini
Makin yakin dan menunggu berlakunya
Mereka bertambah gembira dan ceria
Musuh-musuhku yang juga telah diberitahu
Telah mula tersentak dan buka mata
Mereka semakin hari semakin cemas
Apa yang aku beritahu dan mereka menolak, nampak hendak terjadi
Bahkan ada yang takut pun sudah ketara
Mereka sudah mula membisu
Satu ketika dahulu memerli-merli aku
Menolak dan memperleceh ramalanku
Membentak-bentak dan menolaknya
Sekarang tanda-tandanya sedang berlaku
Rakyat umum pun sudah mula mengerti
Marilah sama kita lihat dan tunggu
Insya-Allah, peristiwa itu akan berlaku.

- Asaari Muhammad, 28 Ogos 1999



Daripada sajak di atas, walaupun tidak dinyatakan tentang perkara atau peristiwa yang akan berlaku, para pengikut Haji Asaari dapat memahami ia adalah proses berlakunya pertukaran kepimpinan di Malaysia dan Indonesia. Peristiwa itu adalah pengisytiharan rasmi ‘Daulah Islamiah’. Sebagaimana yang sering dikuliahkan, ‘Satu kuasa yang runtuh’ itu merujuk kepada kepimpinan Perdana Menteri Malaysia yang akan ‘jatuh’ dan Haji Asaari akan menjadi Perdana Menteri. Setiap senario politik di Malaysia dan dunia akan turut diulas oleh Haji Asaari selaras dengan jalan pemikirannya.

Berikut adalah ajaran dan dakwaan terbaru Aurad Muhammadiah:

Haji Asaari mendakwa dirinya memiliki tongkat Nabi Musa yang pernah menyelamatkan Bani Israel daripada ditelan laut Merah. Haji Asaari meyakini tongkat tersebut akan membantunya. Persoalannya ialah adakah mukjizat Nabi Musa masih ada lagi pada masa kini dan adakah Haji Asaari juga dikurniakan mukjizat seperti Nabi Musa?

Haji Asaari mendakwa dirinya boleh berbincang dengan Malaikat Maut untuk menangguhkan kematian para pemimpin pertubuhannya. Malah, dia mendakwa ajal kematian seseorang boleh ditukarkan kepada orang lain. Dirinya memilik ‘karamah’ sehingga mengetahui tarikh dan detik kematian seseorang. Dia mendakwa, mana-mana individu yang dianggap penting dalam cita-cita politiknya boleh ditangguhkan kematiannya.

Dia sering mendakwa mengadakan mesyuarat di alam ghaib bertemu dengan beberapa individu selain Rasulullah seperti Sheikh Suhaimi, Imam Shafie dan Imam mazhab serta ulama’ terdahulu yang lain. Hasil mesyuarat tersebut akan diberitahu kepada para pemimpin melalui sesi ekspedisi yang dibuat pada selepas subuh setiap hari.

Haji Asaari mendakwa cinta Allah hanya boleh diperolehi dengan mencintai ‘orang Tuhan’ terlebih dahulu. Malah ia menjadi syarat utama mendapatkan cinta Allah. ‘Orang Tuhan’ adalah gelaran khusus untuk dirinya dengan menganggap dirinya wakil Tuhan di akhir zaman ini. Ini bermakna, untuk mencintai Allah dan menjadi orang bertaqwa, seseorang itu perlulah mencintai sepenuh hati terhadap Haji Asaari. Bukti kecintaan itu ialah dengan pengorbanan harta besar-besaran.

Haji Asaaari mendakwa ‘roh’ Kaabah telah berpindah ke dalam dirinya. ‘Roh’ Kaabah yang dimaksudkan di sini ialah ‘sifat Kaabah yang boleh mengubah seseorang menjadi baik dan bertaubat’. Perkara ini timbul apabila seorang wartawan hiburan telah menziarahinya dan menyatakan bau badannya sama seperti bau Kaabah. Sehubungan itu, dia mengulas bahawa ‘roh’ Kaabah sudah berpindah kepada dirinya. Dia berpendapat, orang yang menunaikan haji dan umrah sudah tidak lagi rasa ingin bertaubat dan menjadi baik. Tetapi, dengan berjumpa dengannya, seseorang itu akan mendapat kesedaran dan membuat perubahan ke arah kebaikan.

Haji Asaari juga mendakwa dirinya berupaya untuk memantau para pengikutnya dengan kuasa roh. Dirinya mempunyai ‘kuasa’ boleh mengetahui gerak-geri, perbuatan dan rasa hati para pengikutnya walaupun berada jauh darinya. Perkara ini menjadikan para pengikutnya rasa dikawal oleh Haji Asaari sehingga takut dan tidak pernah mempertikaikan sebarang arahan Haji Asaari. Ketaatan membuta tuli timbul sehingga sanggup melakukan apa sahaja demi kepentingan Haji Asaari.

Pada setiap majlis kuliah ataupun ekspedisi, para pemimpin sering mengatakan ‘roh Abuya’ (Haji Asaari) hadir bersama dalam sesi tersebut untuk memantau dan melihat bagaimana hati-hati para pengikutnya. Para pengikutnya bertambah risau dan gusar kerana mereka berpendapat Haji Asaari mengetahui semua ‘sejarah dosa’ mereka. Dengan itu, penyucian dosa perlu dibuat dengan solat taubat dan memberikan seberapa banyak harta yang boleh kepada Haji Asaari.

Haji Asaari seringkali mendakwa semua arahan yang dikeluarkannya adalah arahan daripada pihak Rasulullah s.a.w. yang bertemu dengannya secara jaga. Ini menjadikan dirinya dianggap mulia oleh para pengikutnya dan mereka sangat taat kerana menganggap Haji Asaari adalah wakil Rasulullah. Sehubungan itu, setiap tindakannya akan disandarkan dengan arahan Rasulullah yang dipanggil ‘mesej’. Setiap ‘mesej’ itu akan menjadi asas kepada ramalan-ramalan yang bakal berlaku di Malaysia terutama dalam konteks politik. Bagaimanapun, penulis mendapati ‘mesej’ itu tidak menjadi kenyataan malahan bertentangan dengan realiti yang berlaku.

Haji Asaari mendakwa dirinya boleh menyelamatkan pengikutnya daripada azab kubur dan ketika menjawab persoalan Malaikat Mungkar Nakir. Ini kerana peranan dirinya sebagai mursyid yang dapat memberi syafaat di akhirat.

Para pengikut didedahkan kepada amalan ‘sunnah Abuya’ yang merujuk kepada amalan ritual yang dibuat oleh Haji Asaari. Sebagai contoh, ‘makan mengikut sunnah Abuya’. Secara tidak langsung, perkara tersebut telah mengikis konsep ‘sunnah Nabi’ di kalangan para pengikutnya. Konsep ini bertujuan untuk meningkatkan lagi rasa taksub di kalangan para pengikutnya dan mengkultuskan peribadinya secara berperingkat.

Dia menganggap dirinya adalah ‘Super Soleh’ iaitu orang yang paling tinggi ketaqwaan di dunia sekarang. Dirinya adalah ulama’ yang bertaraf mujtahid dan mendapat ilmu secara ilham, secara langsung dan terus daripada Allah. Dia mendakwa dirinya boleh menyampaikan kuliah ilmu kepada para pengikutnya berasaskan ilham dan firasat yang Allah kurniakan terhadap dirinya.

Haji Asaari mendakwa dirinya adalah terpelihara daripada dosa, iaitu mahfuz (dipelihara Allah). Walaupun bukan ditahap maksum (terpelihara daripada dosa) sebagaimana Nabi, dirinya tidak akan melakukan maksiat atau kesilapan dan sentiasa dipelihara oleh Allah. Sekiranya melakukan kesilapan, Allah akan mengampunkan dosanya yang telah lalu dan akan datang. Dengan itu, segala ajaran dan arahannya tidak mungkin akan berlaku kesalahan dan perlu dipatuhi secara total.

Haji Asaari mendakwa dirinya adalah wali malah berpangkat Ketua Wali pada masa kini. Dirinya boleh memanggil seluruh wali secara ghaib dan membuat perjumpaan secara ghaib. Dia mendakwa, seluruh wali di alam ghaib telah ‘berbai`ah’ (mengikat janji setia) terhadap dirinya. Haji Asaari meminta para pemimpinnya agar mendedahkan kepada masyarakat awam tentang kewaliannya terutamanya ketika program seminar atau kuliah bersama mereka.
Haji Asaari mendakwa bahawa Aurad Muhammadiah akan menjadi ‘mazhab’ rasmi ketika ‘zaman Daulah’ berlaku nanti. Malah, dia berpendapat Imam Mahdi akan menjadikan ajarannya (Aurad Muhammadiah) sebagai mazhab rasmi.

Haji Asaari sering menyifatkan dirinya adalah ulama’ bertaraf Rasul. Dia menamakan dirinya ‘Rasul yang bukan Rasul’. Dia berpendapat, Allah telah menjadikan sifat kepimpinan Rasul ada pada dirinya.

Ketika menjalani tahanan kediaman terhad di Rawang, Haji Asaari tidak menunaikan solat Jumaat atas alasan bahawa khutbah Jumaat masa kini tidak mengikut syariat Islam kerana melibatkan unsur fitnah terhadap orang lain. Dia hanya bersembahyang Zuhur di rumah dan memberi arahan kepada para pengikutnya agar tidak mengikut ijtihadnya. Bagaimanapun, mengikut pemerhatian penulis, ramai di kalangan pemimpin lapisan pertama yang tidak bersembahyang Jumaat kerana mengikut ijtihadnya. Sebagaimana yang dimaklumi, kegagalan seseorang muslim menunaikan solat Jumaat merupakan satu jenayah syariah di semua negeri di Malaysia.

Haji Asaari mendakwa kekhusyukan dalam sembahyang hanya boleh dibuat jika para pengikutnya menyeru namanya (bertawasul) ketika sebelum takbiratul ihram. Dia mendakwa dirinya adalah wakil kepada Tuhan dan boleh membawa sembahyang tersebut ke hadapan Allah. Dengan itu, sembahyang tersebut akan diterima oleh Allah kerana Haji Asaari yang membawa ibadah tersebut kepada Allah. Allah menerimanya kerana kemuliaan dan ketinggian taraf Haji Asaari sebagai pemuda Bani Tamim.

Dia mendakwa memiliki perbendaharaan emas di alam ghaib yang akan keluar ke alam realiti apabila ‘Daulah Islamiah’ berlaku di Malaysia. Dia berkata emas itu akan menjadi ‘rezeki’ untuk membangunkan Malaysia dan negara lain yang menyertai gagasan ‘Daulah Islamiah’. Haji Asaari berkeyakinan bahawa sekiranya Daulah berlaku, Malaysia akan menjadi negara terkaya kerana ‘terbukanya rezeki dari langit’.

Galeri Abuya dibuat secara khusus mempamerkan koleksi peribadi Haji Asaari dan sejarah hidupnya bagi membangkitkan rasa taksub di kalangan para pengikut. Antara koleksi dalam galeri tersebut seperti gigi Haji Asaari, koleksi pakaian, tasbih dan pelbagai lagi.

Berikut disenaraikan pula taktik dan strategi perjuangan terbaru Haji Asaari:

Ekspedisi akan dibuat pada setiap hari selepas subuh sehinggalah jam 11 pagi. Pengisian ekspedisi berkisar dengan kuliah terbaru Haji Asaari, laporan daripada setiap unit Rufaqa (sama ada peringkat negeri ataupun projek ekonomi), ulasan terhadap sajaknya, isu politik semasa, perkara atau peristiwa khawariqul ‘adah,
[1] dan berita atau kejayaan projek Rufaqa’. Peserta yang ingin menyertai program ekspedisi perlu mendapatkan kebenaran daripada Haji Asaari melalui setiausaha peribadinya. Pemilihan dibuat berasaskan statusnya dalam organisasi ataupun ahli baru yang diyakini berpotensi besar. Ekspedisi dibuat di dalam kenderaan seperti bas dan van bagi mengelakkan pihak keselamatan menyedari mereka sering berkumpul menjalankan program. Antara strategi yang sering dibuat oleh Haji Asaari ketika bersarapan di restoren ialah membayar keseluruhan bil pengunjung restoren tersebut bagi mempopularkan dirinya di kalangan orang ramai. Selepas ekspedisi dibuat, setiap peserta perlu membuat serahan kewangan daripada unit masing-masing.

Haji Asaari sering membuat rayuan kewangan untuk manfaat peribadinya, ahli keluarga dan pergerakan organisasinya. Rayuan dibuat melalui telefon dan sidang video secara khusus meminta setiap individu ‘berkorban untuk Islam’. Mana-mana individu yang paling banyak membawa masuk sumber kewangan ke dalam organisasi dianggap sebagai ‘orang yang paling bertaqwa’. Selain itu, Haji Asaari juga akan membuat rayuan kewangan khusus untuk individu tertentu yang terlibat dalam cita-cita politiknya seperti Tun Ghafar Baba.

Rayuan kewangan untuk projek ekonomi juga seringkali dibuat dengan mengerahkan seluruh ahlinya mengorbankan aset milik peribadi. Modus operandi yang digunakan ialah pemujukan kata-kata ‘pengorbanan harta akan menghapuskan dosa’. Perkara ini disusuli dengan sesi kuliah yang menghuraikan tentang dosa, syurga dan neraka. Memandangkan setiap pengikutnya begitu mahu ‘mensucikan diri’ daripada dosa, maka mereka sanggup mencari sumber kewangan seperti menjual rumah, giat menghasilkan produk dan menyerahkan gaji bulanan. Setiap pengikutnya akan merasa wajib dan perlu membuat pengorbanan.

Setiap kali di hujung sesi ekspedisi, beberapa barang seperti kain pelikat yang yang pernah digunakan Haji Asaari akan dijual kepada peserta. Barangan ‘wajib beli’ ini dijual untuk tujuan mengambil ‘berkat’. Selain itu, mereka turut bertabaruk
[2] dengan benda-benda peribadi Haji Asaari seperti tisu yang digunakan mengelap sisa makanannya, rambut, janggut dan giginya. Setiap barangan tersebut dijual dengan harga yang mahal. Para pengikutnya terpaksa membeli bagi membuktikan kesetiaan terhadap Haji Asaari. Ini merupakan salah satu cara bagaimana para pemimpin mahu menjana kewangan bagi menyara kehidupan eksklusif mereka.

Haji Asaari sering mengarahkan para pemimpin lapisan pertama mengadakan majlis ijazah Aurad Muhammadiah yang bertujuan untuk memperbaharui ‘lesen’ mengamalkan wirid tersebut. Hanya ahli-ahli baru yang telah banyak berkorban harta sahaja yang tersenarai dan dibenarkan masuk. Bagaimanapun, pada setiap majlis, para pengikutnya perlu membayar harga yang tinggi.

Sekiranya ramalan-ramalan yang dibuat tidak berlaku, maka Haji Asaari akan menyalahkan para pengikutnya kerana dosa-dosa yang dilakukan sehingga Allah tidak mengizinkan ‘Daulah’ berlaku. Dia mendakwa, para pengikutnya masih tidak membersihkan diri kerana Allah akan memberikan ‘Daulah’ kepada orang yang suka bertaubat. Selain itu, dia juga sering mengatakan bahawa ia bertujuan untuk menguji tahap keyakinan dan kesetiaan para pengikutnya. Walaupun semua ramalan tersebut tidak berlaku, para pengikutnya tetap mempercayai dan meyakininya kerana kegagalan perkara itu berlaku disebabkan dosa-dosa mereka. Sehubungan itu, mereka perlu lebih banyak berkorban harta dan membawa lebih ramai tetamu bertemu Haji Asaari. Pengeksploitasian rasa bersalah dan rasa berdosa sering berlaku dalam Rufaqa’. Sekiranya sesuatu ramalan Haji Asaari tidak menjadi kenyataan, maka para pengikutnya dipersalahkan kerana masih belum membersihkan diri daripada dosa sehingga kemenangan di pihaknya tergendala. Perasaan tersebut seringkali diperalatkan supaya para pengikutnya dapat mengorbankan harta yang banyak untuk kepentingan Haji Asaari dan organisasinya.

Sesiapapun di kalangan para pemimpin dan pengikutnya tidak dibenarkan mempertikaikan keputusan muktamad Haji Asaari dalam apa jua perkara. Setiap tindakan dan perancangan yang dibuat, perlu mendapat restu dan keizinan daripada Haji Asaari bagi mendapat ‘keberkatan’. Sesiapa yang mempertikaikannya akan dikenakan hukuman berat, dibuang dari jemaah atau diturunkan daripada jawatannya. Mempertikaikan keputusannya dianggap mempertikaikan arahan ghaib daripada ‘Rasulullah’.

Bagi para pengikut yang mempersoalkan sebarang ajaran dan doktrin Haji Asaari akan ‘dibuang’ dan disingkirkan. Laporan biasanya akan disampaikan oleh para pemimpin kepada Haji Asaari dalam ekspedisi dan status keahlian akan ditentukan sendiri oleh Haji Asaari. Dalam beberapa kes, pembuangan dilakukan dengan notis serta merta dan seluruh aset individu tersebut akan ‘dirampas’ kerana dianggap sebagai aset jemaah.

Haji Asaari kerap merombak kepimpinan ‘kabinetnya’ dengan membuat pertukaran jawatan antara mereka. Dia berpendapat arahan tersebut datangnya daripada ‘Rasulullah s.a.w.’ dan Sheikh Suhaimi di alam ghaib.

Daripada perkara-perkara dan dapatan baru yang penulis selidiki, jelaslah ajaran Haji Asaari Muhammad semakin berkembang dan terlalu berbahaya terhadap kesucian ajaran Islam dan akidah ummah. Perkara ini perlu diberi perhatian serius oleh pihak berkuasa agama bagi memastikan semua ajaran tersebut tidak mengelirukan umat Islam sehingga boleh membawa perpecahan dan perbezaan pendapat di kalangan Umat Islam. Situasi ini begitu sensitif dan prejudis terhadap keselamatan negara, kehidupan beragama dan kepentingan ummah.

------------------

[1] Khawariqul ‘adah bermaksud cerita yang pelik dan di luar kebiasaan normal. Haji Asaari amat menggemari cerita sebegitu dengan menganggap perjuangannya dibantu Allah .
[2] Tabaruk bermaksud mengambil berkat.