Monday, October 02, 2006

Asaari Dajjal: Pendusta atas Nama Nabi s.a.w.

Kami sangat menghargai sokongan pembaca dan sanggup berjuang bersama kami berdakwah dan menegakkan panji Tauhid dan membantu menerangkan akidah yang benar agar masyarakat Islam tidak ditipu oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Kesibukan tugas team kami pada Ramadhan kali ini, menyebabkan artikel baru terlewat daripada jadual yang asal. Kami memohon maaf dengan sangat atas keuzuran ini. Namun, komitmen kami dalam dakwah ini tetap kami teruskan dan perjuangkan sehinggalah Allah menghancurkan kelompok (firqah) yang batil lagi sesat.

Setelah beberapa artikel membongkar penyelewengan yaqazah yang didakwa Asaari, pada kali ini kami ingin membawa pembaca berfikir dengan lebih mendalam lagi. Siapakah Asaari sebenarnya? Benarkah Asaari adalah orang yang dijanjikan Nabi?

Pembaca budiman! Setelah kami menelusuri hadith-hadith sahih, kami menemui hadith berikut.

Hadis riwayat Abu Hurairah r.a.:

حدثني ‏ ‏زهير بن حرب ‏ ‏وإسحق بن منصور ‏ ‏قال ‏ ‏إسحق ‏ ‏أخبرنا ‏ ‏و قال ‏ ‏زهير ‏ ‏حدثنا ‏ ‏عبد الرحمن وهو ابن مهدي ‏ ‏عن ‏ ‏مالك ‏ ‏عن ‏ ‏أبي الزناد ‏ ‏عن ‏ ‏الأعرج ‏ ‏عن ‏ ‏أبي هريرة ‏
‏عن النبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏قال ‏ ‏لا تقوم الساعة حتى يبعث دجالون كذابون قريب من ثلاثين كلهم يزعم أنه رسول الله ‏

Dari Nabi s.a.w., baginda bersabda: Kiamat tidak akan terjadi sebelum dibangkitkan dajjal-dajjal pendusta yang berjumlah sekitar tiga puluh orang, semuanya mengaku bahawa dia adalah utusan (wakil) Allah.

Hadith Sahih Muslim: 5205

Sekiranya Asaari mendakwa dirinya adalah orang yang dijanjikan, maka kami bersetuju! Dia bukanlah seorang Pemuda Bani Tamim atau Pembantu Imam Mahdi yang dijanjikan! Sebaliknya, dia adalah pendusta yang dijanjikan oleh Rasulullah s.a.w. akan kemunculannya pada akhir zaman ini. Pendusta yang menggunakan nama Allah dan Rasul. Juga pendusta yang menggelarkan dirinya wakil Tuhan pada zaman ini dengan pelbagai gelaran seperti ‘Orang Tuhan’, ‘Rasul yang bukan Rasul’ dan ‘Sohibuzzaman’.

Kami akan menghuraikan hujah kami dan bagaimana Asaari menepati ciri-ciri dalam hadith-hadith sahih tentang Dajjal pendusta.

Imam Nawawi rahimahullah mengulas hadith di atas, sebagaimana berikut:
مَعْنَى ( يُبْعَث ) يَخْرُج وَيَظْهَر , وَسَبَقَ فِي أَوَّل الْكِتَاب تَفْسِير الدَّجَّال , وَأَنَّهُ مِنْ الدَّجْل , وَهُوَ التَّمْوِيه , وَقَدْ قِيلَ غَيْر ذَلِكَ , وَقَدْ وُجِدَ مِنْ هَؤُلَاءِ خَلْق كَثِيرُونَ فِي الْأَعْصَار , وَأَهْلَكَهُمْ اللَّه تَعَالَى , وَقَلَعَ آثَارهمْ , وَكَذَلِكَ يُفْعَل بِمَنْ بَقِيَ مِنْهُمْ .

“Maksud “yub’athu” ialah keluar atau zahir. Dan telah dinyatakan pada awal kitab mengenai tafsiran dajjal. Dajjal daripada perkataan al-dajl iaitu mengelirukan. Dan dikatakan dengan makna lain. Dan telah muncul mereka ini dengan bilangan yang ramai sepanjang zaman, dan mereka telah dihancurkan oleh Allah, dan telah dihilangkan kesan mereka, dan begitulah akan dilakukan terhadap mereka yang masih belum muncul.”

Daripada tafsiran Imam Nawawi ini, kita mendapat dua ciri utama dajjal pendusta, iaitu:
a. Dajjal bersikap mengelirukan.
b. Dajjal mempunyai bilangan yang ramai dan kuat.


Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani dalam Fathu al-Bari yang mensyarahkan Sahih al-Bukhari dalam Bab Alamatun Nubuwah fi al-Islam, juz 10, hlm. 410:

“Dajjal ialah menutup (menyembunyikan kebenaran dan mengelirukan, dan digunakan juga untuk penipuan. Bukanlah bermaksud hadith ini sesiapa sahaja yang mengaku menjadi nabi, kerana bilangan mereka terlalu banyak, kerana sebahagian besar mereka disebabkan penyakit mental tetapi maksud hadith ini ialah siapa yang mendakwa dirinya nabi dan mempunyai kekuatan dan menyebabkan keraguan kekeliruan masyarakat Islam. Dan Allah taala telah menghancurkan mereka itu dan mereka yan belum lagi muncul yang mana akan diakhiri dengan Dajjal al-Masih.”


Daripada tafsiran Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani ini, kita mendapat tiga ciri utama dajjal pendusta, iaitu:
a. Dajjal pendusta bukanlah mengisytiharkan dirinya sebagai nabi secara rasmi atau terang-terangan.
b. Dajjal pendusta mempunyai bilangan pengikut yang ramai.
c. Dajjal pendusta menimbulkan keraguan dan menggoncang keyakinan masyarakat dengan kuat.


Imam Muslim juga meriwayatkan matan hadith yang lain:

Nabi bersabda:

(maksudnya): Pada akhir zaman akan ada para dajjal lagi pendusta. Mereka membawa kepada kamu hadith-hadith yang tidak pernah kamu dan bapa-bapa kamu mendengarnya. Kamu hendaklah berhati-hati dengan mereka agar mereka tidak menyesatkan kamu dan memfitnah kamu (menipu kamu sehingga yang batil disangkakan benar). - Riwayat Muslim dalam muqaddimah sahihnya.

Kandungan hadith yang sama juga diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hambal dalam Musnadnya:

حدثنا ‏ ‏حسن بن موسى ‏ ‏حدثنا ‏ ‏ابن لهيعة ‏ ‏حدثنا ‏ ‏سلامان بن عامر ‏ ‏عن ‏ ‏أبي عثمان الأصبحي ‏ ‏قال سمعت ‏ ‏أبا هريرة ‏ ‏يقول :‏
إن رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏قال ‏ ‏سيكون في أمتي دجالون كذابون يحدثونكم ببدع من الحديث بما لم تسمعوا أنتم ولا آباؤكم فإياكم وإياهم لا يفتنونكم

Musnad Ahmad; No. Hadith 8241: Hasan Sahih

Maksudnya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda: Akan datang pada umatku, para Dajjal pendusta, mereka memberitahu hadith yang direka yang tidak pernah kamu dengar dan bapa-bapa kamu dengar, maka berhati-hatilah kamu akan diri mereka jangan sampai mereka memfitnah (memperdaya dan menipu) kamu.

Daripada hadith riwayat Imam Muslim dan Imam Ahmad ini, kita mendapat tiga ciri utama dajjal pendusta, iaitu:
a. Kedatangan Dajjal pendusta adalah sahih dan pasti.
b. Para Dajjal berdusta atas nama Nabi dengan mencipta ‘kata-kata Nabi’, ‘mesej dari Nabi’ atau ‘pengkhabaran dari Nabi’ sedangkan tidak pernah didengar oleh semua generasi umat Islam daripada masa dahulu sehingga kini.
c. Rasulullah meminta kita semua berhati-hati dengan fitnah mereka.


Mari kita nilai, ciri DAJJAL pendusta yang terdapat pada diri Asaari:

A. MENGISYTIHARKAN DIRINYA SEBAGAI SEORANG UTUSAN ATAU WAKIL TUHAN.

Imam al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani menyatakan bahawa tidak semestinya seseorang itu membuat pengakuan yang jelas atau mutlak. Ini termasuklah dalam bentuk tidak langsung. Kami pasti bahawa Asaari tidak pernah mengisytiharkan dirinya sebagai seorang Nabi atau Rasul. Tetapi, kami mendapati bahawa dia telah mengisytiharkan dirinya memiliki sifat khusus yang ada hanya pada Rasul atau Nabi. Ini bermakna, Asaari secara sedar atau tidak telah mengisytiharkan dirinya memiliki Khasha’is al-Nubuwah (Ciri istimewa Kenabian). Contohnya:

a. Asaari mengisytihar diri sebagai wakil Tuhan atau ‘orang Tuhan’. Ini bermaksud, dia mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan Allah sehingga boleh berkomunikasi dan berbincang. Sebagai contohnya, isu pertukaran ajal yang pernah kami sentuh sebelum ini dan kadar dan bentuk penyakit yang dinyatakan dalam VCD Kuliah Hubungan Dengan Mursyid. Malah, Asaari mendakwa dirinya adalah orang yang paling bertaqwa di dunia ini dan mencintainya menjadi prasyarat mencintai Allah.

b. Asaari mendakwa mendapat ’wahyu’ (yang sebenarnya ilham) secara direct (langsung) dari Tuhan tanpa perlu belajar atau perantaraan.

c. Asaari mendakwa dirinya Rasul yang bukan Rasul. Iaitu dirinya memiliki tanggungjawab dan peranan setaraf dengan Rasul. Tetapi, katanya lagi, kerana tidak ada lagi Rasul pada masakini, dia adalah ’rasul yang bukan Rasul’.

d. Asaari mendakwa dirinya mahfuz iaitu terpelihara daripada dosa dan kesalahan.

e. Asaari mewajibkan semua pengikutnya mengikuti dan menguasai ilmu MINDA. Apakah itu MINDA? Minda ialah perkataan, tulisan, perbuatan, amalan, pengakuan yang dibuat oleh Asaari. Minda adalah penerang kepada al-Quran dan Hadith. Maka, tidak lagi perlu merujuk kepada al-Quran dan hadith apabila sudah menguasai MINDA. Bukankah konsep MINDA Asaari ini, sama dengan konsep SUNNAH Rasulullah s.a.w.? Lebih dahsyat lagi, MINDA ini datangnya direct dari Allah terus kepada Asaari tanpa perlu perantaraan lagi.

B. BERDUSTA DENGAN MENCIPTA HADITH ATAU PERKHABARAN DARI RASULULLAH.

Ciri seterusnya ialah Asaari telah berdusta menerusi agenda yaqazahnya dengan mengkhabarkan berita ghaib dari Rasulullah s.a.w. kepada pengikutnya. Kononnya itu adalah mesej daripada Rasulullah yang diperolehi hasil dialog bersemuka (yaqazah) dengan Rasulullah s.a.w.

Kami ingin menegaskan bahawa yaqazah Asaari dan ’Rasulullah’ adalah satu bentuk dan kaedah baru dalam mencipta ’kata-kata yang datangnya daripada Rasulullah’. Kalau dahulu, para pereka hadith lebih menumpukan kepada hadith targhib wa al-tarhib, tetapi Asaari berdusta dengan menkhususkan perkara ghaib dan berita masa akan datang.

Perlu ditegaskan juga bahawa semua kata-kata Nabi adalah termasuk dalam definisi hadith. Ini bermakna, Asaari telah secara sengaja telah membuat pendustaan terhadap Rasulullah kerana dia tidak pernah berjumpa secara jaga walau sesaat dengan Rasulullah. Jika semua perantaranya sudah pernah membuat pengakuan bahawa yaqazah itu satu penipuan, mengapa Asaari terus berjuang dengan modal perjuangan yang datang dari yaqazah? Ini bermakna dia ada kepentingan. Ini kerana yaqazah telah meningkatkan ketaksuban pengikutnya terhadap dirinya.

C. MEMPUNYAI PENGIKUT YANG RAMAI DAN ADA KEKUATAN.

Benarlah kata-kata Rasulullah s.a.w.! Apa yang baginda beritakan memang benar. Para pengikut Asaari Dajjal ini memang semakin berkembang. Asaari pandai memikat mangsanya! Asaari menggunakan kekuatan bahasa yang dimiliki untuk mensihir telinga orang awam dengan ‘keindahan ilmu rasa’. Akibatnya, ramai yang terpesona. Tetapi pelik, tidak ada ulama yang mengikutinya kerana ilmu Asaari sangat banyak yang bercanggah dengan ilmu Allah yang sebenar.

Pengikut yang ramai juga bermaksud kekuatan. Asaari mempunyai jentera yang kuat untuk memperdaya umat Islam menerusi media, kebudayaan, perniagaan dan penulisan.

D. MEMBAWA FITNAH YANG BESAR.

Asaari dan ajarannya memang banyak mengelirukan umat Islam khususnya di alam Melayu. Kami melihat berapa ramai orang menjadi mangsa sehingga akidah dan sistem hidup mereka musnah dan rosak. Ramai orang yang terkeliru dengan pelbagai taktik dan strategi Asaari yang sangat mempesoanakan. Masyarakat melihat Asaari dan jemaahnya dengan penuh keindahan, tetapi tidak tahu di dalamnya ada nanah yang sedang membusuk dan membesar.

Fitnah yang disabdakan oleh baginda itu adalah fitnah terhadap iman dan akidah! Fitnah yang mengakibatkan ramai orang terkeliru dan mengikuti ajaran sesat yang dibawa oleh Asaari. Bagaimanapun, pesan baginda sangat perlu kita pegang. Iaitu berhati-hati dan berwaspada dengan kejahatan para Dajjal dan pengikutnya.

Daripada keempat-empat huraian di atas, kami mendapati bahawa Asaari memang benar-benar menepati ciri seorang Dajjal pendusta = Dajjal al-Kazzab. Selama ini, mungkin orang awam hanya mengetahui tentang al-Masih Dajjal yang menjadi lawan kepada Nabi Isa a.s. sebelum Kiamat berlaku. Itu memang wujud, tetapi al-Masih Dajjal tidak sama dengan Dajjal al-Kazzab. Kini, kami perkenalkan pula satu lagi wajah dajjal yang sangat menakutkan kita dengan bahaya dan fitnah yang sangat besar!


Menurut jumhur ulama, pembohong dan pendusta yang menggunakan nama Nabi ini telah melakukan dosa besar tetapi tidaklah menjadi kafir kecuali dia telah menghalalkan perbuatan dusta itu. Dan kami mengambil dan berdiri dengan pendapat jumhur ini. Bagaimanapun, seorang ulama dalam mazhab al-Syafie, iaitu al-Imam Abu Muhammad al-Juwaini bapa kepada Imam al-Haramain mengkafirkan orang yang sengaja berdusta terhadap Rasulullah s.a.w. walaupun dia tidak menghalalkan perbuatan dusta itu.

Pendapat Imam al-Juwaini ini disandarkan kepada firman Allah:

إِنَّمَا يَفْتَرِي الْكَذِبَ الَّذِينَ لا يُؤْمِنُونَ بِآيَاتِ اللَّهِ وَأُولَئِكَ هُمُ الْكَاذِبُونَ (١٠٥)
Sebenarnya yang tergamak berdusta itu hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada ayat-ayat Allah, dan mereka itu ialah orang-orang yang berdusta.
Surah al-Nahl: ayat 105

Ayat ini dengan tegas menafikan iman orang-orang yang membuat dusta terhadap Allah, dan berdusta terhadap Rasulullah s.a.w. bererti berdusta terhadap Allah. Pendapat al-Juwaini ini disepakati oleh Imam Nashiruddin Ahmad bin Muhammad bin al-Munair al-Maliki dan ulama-ulama lain dari mazhab Hambali dan disepakati juga oleh Imam al-Zahabi jika pendustaan itu dibuat dalam perkara-perkara yang bersangkutan dengan syariat.

Imam al-Zahabi menyatakan firman Allah berikut:

وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ تَرَى الَّذِينَ كَذَبُوا عَلَى اللَّهِ وُجُوهُهُمْ مُسْوَدَّةٌ ...
Dan pada hari kiamat, Engkau akan melihat orang-orang yang berdusta terhadap Allah (dan yang menyatakan kesedihan itu) - muka mereka hitam legam...
(Surah al-Zumar: ayat 60)

Beliau kemudiannya menyebutkan pula pendapat al-Imam al-Hafiz Ibn al-Jauzi yang berkata dalam tafsirnya: Sebahagian para ulama berpendapat bahawa berdusta kepada Allah dan Rasul-Nya adalah kufur yang mengeluarkan seseorang daripada agama (murtad).

Ini adalah pendapat sebilangan ulama hadith yang sangat cinta pada Allah dan Rasul serta ingin membersihkan agama daripada penyelewengan. Bagaimanapun, kami tetap tidak menghukum kafir kepada Asaari dan para pengikutnya yang telah terang-terang berdusta atas nama Rasulullah s.a.w. Kami memegang pendapat jumhur ulama yang tidak menghukumkan kafir atas kesalahan sebegini. Ini bermakna mereka telah melakukan dosa besar yang maha besar! Kami masih mengharap Asaari dan para pengikutnya kembali kepada Allah dan bertaubat dengan sebenar-benar taubat!

Sikap para ulama dalam menentang orang yang mereka-reka kata-kata atau perkhabaran dari Rasulullah sangat keras. Sikap mereka ini sangat bertepatan dengan ’kekerasan’ amaran Nabi s.a.w. sendiri melalui sabdanya:

(Maksudnya): “Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka”.
- Riwayat al-Bukhari dalam kitab al-Janaiz dan Muslim dalam muqaddimah sahihnya. Hadith ini adalah mutawatir sebagaimana yang dinyatakan oleh Ibn al-Salah,`Ulum al-Hadith, m.s. 239, cetakan: Beirut, Dar al-Fikr al-Mu`asarah, m.s. 239.

Dalam riwayat yang lain Nabi s.a.w. menyebut:

“Jangan kamu berdusta ke atasku, sesiapa berdusta ke atasku maka dia masuk neraka.”
- Riwayat al-Bukhari dalam kitab al-`ilm dan Muslim dalam muqaddimah sahihnya.

Kata al-Hafiz Ibn Hajar al-`Asqalani dalam mengulas hadith ini: “Ia merangkumi setiap pendusta ke atas Nabi s.a.w. dan semua jenis pendustaan ke atas baginda. Maksudnya: Jangan kamu sandarkan pendustaan ke atasku (menggunakan namaku). (Ibn Hajar al-`Asqalani, Fath al-Bari, cetakan: Beirut, Dar al-Fikr, 1/270.)

Daripada kata-kata Ibn Hajar ini, tindakan Asaari beryaqazah dengan Rasulullah juga termasuk dalam pendustaan ke atas baginda.

Sehubungan itu, kami menyeru semua lapisan masyarakat, agar berwaspada dengan DAJJAL AL-KAZZAB yang ada di Malaysia ini. Berhati-hatilah…

Kalau benarlah Asaari salah seorang Dajjal al-Kazzab, maka tidaklah kami hairan mengapa ramai yang mengikutinya… Pembaca sekalian, berfikirlah. Benarkah analisa kami ini?

Haji Asaari Mohamad! Bertaubatlah dengan sebenar-benar taubat… Sebelum itu, kami ingin bertanya, “Engkau Dajjal yang ke berapa?”

7 Comments:

At 8:27 PM, Anonymous Anonymous said...

ELY HUSSIN sakiyna710@yahoo.com wrote:
Adalah sesuatu yang menakjubkan jika imej beliau dan jemaahnya begitu
diburuk2kan, disyirik2kan, disesat2kan
di tapak asal perjuangannya--dengan bantuan jentera media,
sehinggalah merebak ke negara2 tetangga yang sebangsa ...

Namun, di seluruh dunia kepimpinannya begitu diterima..
Penyokongnya terdiri dari ahli2 jemaahnya dan ribuan para simpati
di seluruh dunia..

Di Yunnan, China beliau telah disambut dengan kata2..
...Imam...Imam...Imam...

Di Uzbekistan [tanah kelahiran Imam Bukhari] kepimpinannya
diterima dengan kata-kata...
...Imam dari Timur sudah datang, Imam dari Timur sudah datang....

Di Timur Tengah, seorang cendikiawan berkata..
" Islam akan bangkit di timur bermula dari kamu.
Kamulah Syeikh umat ini....!

Matlamat perjuangan beliau adalah membawa manusia kepada Allah swt.
Untuk itu, dia memilih kaedah evolusi dalam perjuangannya..Memujuk
manusia secara tolak ansur, lemah lembut dan kasih sayang..

Andai ada musuh menghentamnya dengan keras dan terus terang
beliau selalunya mengambil sikap 'tidak apa'..ungkapnya...
" Biarkanlah Allah yang bertindak.Tindakan Allah lebih tepat dan
selamat"

Setelah kecewa berjuang menegakkan Islam dalam PAS,
beliau berusaha mengembangkan Islam dengan berkunjung ke
rumah2 sesiapa sahaja yang menerimanya untuk dia menerangkan Islam.
dan mengajak mereka sama-sama memperjuangkannya.

Pada tahun 1968, beliau dan 10 rakannya menubuhkan jemaah
pengajian di pinggir kota KL digelar kumpulan "rumah putih",
beralamat No 94.Lorong Datuk Keramat, KL. Kemudian
jemaah ini diberi nama Al Arqam sempena nama sahabat nabi
AlArqam bin Abi Arqam [Abdul Manaf] bin Abdullah bin Amar
bin Makhzum yg mewakafkan rumahnya semasa zaman
awal Nabi dilantik menjadi Rasul dahulu.

Pada tahun 1973, perkampungan Islam pertama
dibuka di Sungai Penchala, Damansara KL, dan sehingga
diharamkan, sudah ada 80 cawangan di Malaysia dan 25 lagi
di 15 negara.


PRIBADI
Ada 3 kekuatan : jiwa, akal, perasaan

Jiwanya kuat dengan sifat kepimpinan. Pencorak minda manusia, bukan dicorak.
Akalnya tajam, fikirannya global. Perasaan yg halus dan sensitif dengan Allah
diluahkan dalam sajak, madah dan nasyid.
Walau jiwanya kuat namun tidak kejam.
Seorang yang sangat kuat berfikir, tetapi ditunjangi syariat.
Giat merancang tetapi kuat bergantung pada Ilahi.

Keberaniannya sungguh mengkagumkan..
Seorang diri dicabarnya kemungkaran
dituduh sesat, tidak peduli..
dituduh syirik, makin berani...
dianggap penentang, makin lantang
ditegur ulama rasmi
dijawab sanggahan Perdana Menteri... [Dr M]
Ke mana jua dibawa perjuangan...
ke gubuk buruk petani, banglow hartawan, istana raja,
& Istana Presiden [Suharto]

Akhlaknya baik, lemah lembut,
sering meminta maaf, sering memberi maaf,
sikap menjelmakan kata
pemurahnya luar biasa
sebelum didekati, dia digeruni kerana kewibawaannya,
sering tersenyum walau sakit atau menderita jiwa
dan bimbang dengan Tuhan

sangat cerdik, dalam diskusi - tutur kata
dan argumennya tersusun rapi...
bahasanya lembut
berdiskusi bukan untuk mengalahkan orang
tetapi untuk menyampaikan kebenaran
dengan cara berhikmah
di kalangan profesor, ulama, doktor dan cendikiawan
dia nampak paling cerdik, berhikmah dan berwibawa
orang dapat tunduk dengan akhlak, ilmu
dan hikmahnya tanpa merasa digurui dan sakit hati

Tutur katanya tidak suka menyakiti..
cakapnya benar, tidak bercakap sesuatu yang
menyebabkan orang terasa diajar atau diperbodohkan
sangat memuliakan pandangan orang lain..
sebab itu dia selalu berkata...
"Silakan. terpulang, terserah."
Dia mengelak utk berkata 'jangan'
tutur katanya membuat orang tidak terasa
terhina atau tidak tahu..
bahasa pertuturannya mudah, tidak menggunakan
istilah2 sulit untuk difahami...

Tidak berdendam kpd yang bersalah kpdnya
baik yg sengaja, tidak sengaja atau dirancang..
memaafkan sebelum meminta maaf...
juga membalas kejahatan orang dengan kebaikan...

Konsep menegur padanya adalah
" menyelamatkan seseorang drp menerima hukuman & balasan dari Allah,
bukan memberi malu"

Melihat orang2 yg tidak mengikut syariat dalam masyarakat
samada orang bawahan, para artis, mahupun orang2 besar...
beliau jatuh simpati atau kasihan ..serta mendoakan..
" berilah hidayah kepada mereka, kerana mereka
tidak mengetahui..."
Jika membenci, bukan membenci orang2nya
tetapi membenci perbuatan maksiat yg dibuat...


YANG PALING DISEDIHKAN
Melihat ulama yang tidak memberitahu apa
yang diketahuinya dan pemimpin-peminpin zalim
yang menindas...


Sumber:
1. Diakah Mujaddid di Kurun ini?!
Dr. Ing. Abdurrahman R. Effendi
Dr. Ing. Gina Puspita
Penerbit : Giliran Timur: Jakarta 2003

Bersama kata pengantar:
Dr.Ir.M.Imaduddin Abdurrahim
Dr.H.Sugiat Ahmad Sumadi SKM
Prof.Dr.Muhammad Hasbuh Azizi


2. AL- ARQAM diSebalik Tabir
Ann Wan Seng Abdullah
Penerbit Universiti Malaya 2005


JAWAPAN cik_awae_dondae :

QUOTE ANDA :

Adalah sesuatu yang menakjubkan jika imej beliau dan jemaahnya begitu
diburuk2kan, disyirik2kan, disesat2kan
di tapak asal perjuangannya--dengan bantuan jentera media,
sehinggalah merebak ke negara2 tetangga yang sebangsa ...

HUKUM HAKAM ALLAH ITU BENAR, JIKA MELAKUKAN SESUATU YANG BERCANGGAH DENGAN AQIDAH, APA SALAHNYA HUKUM TERSEBUT DIAMALKAN ?

Quote anda :

Matlamat perjuangan beliau adalah membawa manusia kepada Allah swt.
Untuk itu, dia memilih kaedah evolusi dalam perjuangannya..Memujuk
manusia secara tolak ansur, lemah lembut dan kasih sayang..


CUBA SULUH DENGAN SYARIAT DAN ILMU TAUHID, ADAKAH MENCIPTA DIALOG DENGAN NABI DAN MENGAMBARKAN NABI SEORANG PENDUSTA ITU membawa manusia kepada Allah swt. ? JANGAN JADIK JAHIL MURAQAB

Elok jugak sakiyna710@yahoo.com memperincikan sebab musabab PERLANGGARAN SYARIAT yang berlaku SEWAKTU dalam jemaah Al Arqam yang tidak didedahkan oleh Pusat Islam sehingga membawa kepada pengharaman Al Arqam dan pengeluaran fatwa sesat dan menyesatkan ke atas Asaari. Saya rasa sakiyna710@yahoo.com, well verse tentang Asaari.

Kalau setakat penjelasan dan alasan yang dikeluarkan oleh Pusat Islam dan JAKIM, saya yakin, rata-rata masyarakat umum seperti saya masih curiga dengan penjelasan Pusat Islam. Takkan umat Islam malaysia ini, sebegitu bodoh bila dinyatakan oleh Pusat Islam bahawa antara faktor yang membawa kepada pengeluaran fatwa tersebut adalah isu Imam Mahdi, syahadah yang bersambung, mengatakan Imam Mahdi adalah salah seorang Khalifar Rasulullah dan sebagainya. Umat Islam yang MEMPELAJARI dan FAHAM ilmu Fardhu Ain yang dipelajari akan mengatakan semua itu isu remeh. Dan umat Islam yang mempelajari ilmu Tauhid yang disusun oleh Imam Abu Hasan Al Asyari dan Imam Abu Mansur Al Maturidi, pasti mempunyai pandangan ; PASTI ASAARI & PENGIKUTNYA MELAKUKAN SESUATU YANG BERCANGGAH DENGAN AQIDAH AHLUS SUNNAH WAL JAMAAH, sehingga Pusat Islam terpaksa mengeluarkan fatwa tersebut TANPA DISANGGAH oleh mana-mana ulamak. Ini disebabkan Pegangan Asaari di Malaysia di haraamkan, MENGAPA AURAD MUHAMMADIAH DI SINGAPURA TIDAK DIHARAMKAN ? INI DISEBABKAN PEGANGAN ASAARI BERCANGGAH DENGAN AHLUS SUNNAH WAL JAMAAH. Bukan aurad Muhammadiah yang salah tetapi PEGANGAN AQIDAH ASAARI YANG SALAH.

Persoalan tersebut akhirnya terpaksa didedahkan oleh pihak berkuasa melalui Bulletin Utama TV3. Penyiaran rakaman DIALOG PALSU ANTARA ASAARI & "RASULULLAH" yang DICIPTA OLEH ASAARI demi menanam rasa TAKSUB BUTA OLEH PENGIKUTNYA YANG JAHIL TERHADAP ILMU FARDHU AIN. Dialog tersebut telah menggambarkan bahawa RASULULLAH SEORANG PENDUSTA.

Ini telah cukup untuk menjadi ASAS YANG KUKUH UNTUK FATWA SESAT DAN MENYESATKAN KE ATAS ASAARI & PENGIKUTNYA dilakukan oleh Pusat Islam dan para ulamak di Malaysia.

Saya yakin jika Asaari boleh MENCIPTA DIALOG ANTARA BELIAU DAN RASULULLAH , SERTA MENGGAMBARKAN PERIBADI RASULULLAH SAW SEBAGAI SEORANG PENDUSTA. Pastinya ada perkara yang bercorak jenayah juga dilakukan oleh Asaari & pengikutnya yang boleh mengancam keamanan masyarakat dan negara.

Saya juga yakin, MASIH ADA LAGI MAKSIAT YANG TIDAK DIDEDAHKAN OLEH PIHAK BERKUASA SEPERTI LESBIAN, ROGOL, BUNUH, LIWAT, PELACURAN, PENZINAAN dan sebagainya. Masyarakat pun pernah mendengar desas-desus sewaktu dalam Al Arqam dulu wanita-wanita dijadikan HAMBA SEX. Mungkin ini juga salah satu faktor ke arah pengeluaran fatwa sesat dan menyesatkan kerana menghalalkan maksiat di dalam Arqam.



Ini TERBUKTI, apabila seorang AHLI RUFAQA cawangan Klinik SKYLAB, telah ditangkap kerana MEROGOL SEORANG PESAKIT di RAWANG yang merupakan pusat operasi Rufaqa. Yang lebih memeranjatkan, ISTERI KEPADA TABIB RUFAQA YANG MEROGOL MANGSA MEMBERIKAN KERJASAMA KEPADA SUAMINYA UNTUK MEROGOL MANGSA. ISTERINYA BERSYUBAHAT MELAKUKAN JENAYAH TERSEBUT.

Alasan Asaari & Rufaqa menjawab isu tersebut, "Seorang sahaja yang buat jenayah, janganlah salahkan seluruh jemaah". Jawapan saya kepada Asaari : Seseorang diberi tanggungjawab untuk mengendalikan projek milik Asaari, maknanya ASAARI YANG MELANTIK DAN MEMBERI KEPERCAYAAN. Jika dalam sebuah keluarga, anak dalam keluarga tersebut membuat jenayah, INI TANDA AYAH TAK TAHU NAK DIDIK ANAK. Begitu juga dalam kes ini, INI BUKTI ASAARI TAK TAHU MENDIDIK PENGIKUT. INI JUGA BUKTI bahawa jemaah Asaari TAK ADA BEZA DENGAN JEMAAH PENJENAYAH.

Setelah Arqam diharamkan, Asaari menubuhkan Rufaqa, idea, modus operandi yang sama dalam Arqam digunapakai. Pastinya maksiat dan kemungkaran yang sama juga diteruskan, tetapi atas jenama atau label yang berbeza. Malangnya Asaari menyangkakan bahawa masyarakat Malaysia sudah boleh menerima pakai mentaliti TAKSUB BUTA seperti yang dianuti oleh pengikut-pengikut Rufaqa.

Lihat sahaja isi kandungan buku Asaari, cuba menyesatkan umat Islam secara halus. Antaranya :



a. Buku tentang nahas di Bario. Dalam buku tersebut JELAS menyatakan orang Rufaqa atas permintaan jin, menyembelih kambing dan menjadikan darah kambing sebagai persembahan kepada jin bagi membantu mencari mangsa.

Jawapannya kepada statement di atas :

Ini merupakan konsep MENGKHADAMKAN JIN yang sesat lagi menyesatkan. Perbuatan ini adalah SYIRIK AKBAR. Membawa kekufuran. ALASANNYA : Biar saya gunakan kiasan untuk memperjelaskannya. Jika anda mengkhadamkan lembu, ADAKAH LEMBU MEMBERI SYARAT KEPADA ANDA SEBELUM MELAKUKAN KERJA ? Jika lembu memberi syarat kepada anda untuk melakukan kerja, bukan anda yang mengkhadamkan lembu TETAPI lembu yang mengkhadamkan anda. Nampak jelas dan nyata bahawa mentaliti Asaari dan pengikut Rufaqa adalah lebih rendah dari mentaliti seekor lembu. Saya nyatakan begini sebab tidak ada seorang pun antara pengikut Rufaqa yang nampak kesesatan ini, ini juga sebagai BUKTI tidak ada seorang pun dikalangan pengikut Rufaqa yang telah lulus Fardhu Ain. Kalau Fardhu Ain tak lulus, macam mana nak perjuangkan Islam.

Quote sakiyna710@yahoo.com

Di Yunnan, China beliau telah disambut dengan kata2..
...Imam...Imam...Imam...

Di Uzbekistan [tanah kelahiran Imam Bukhari] kepimpinannya
diterima dengan kata-kata...
...Imam dari Timur sudah datang, Imam dari Timur sudah datang....

JAWAPAN SAYA :

Ustaz Firdaus sewaktu menjadi IMAM MASJID NEGARA, kemana sahaja dia pergi, semua orang panggil dia IMAM,........ IMAM,..... IMAM. Tetapi setelah dia menceburi diri dalam politik dan mem"flying kick" peti undi, orang tak panggil dia IMAM, tetapi panggil dia KICK BOXER INSTRUCTOR.

Begitu juga Asaari, sewaktu dia BERLAKON menjadi orang yang warak dan alim, orang panggil dia IMAM, setelah kesesatannya terserlah, orang tak panggil dia IMAM, sebaliknya orang panggil dia AL KAZZAB.

Dalam tulisan sakiyna710@yahoo.com, anda TERLALU MENDEWA-DEWAKAN ASAARI, anda senaraikan nama-nama ulamak yang KONONNYA menjadi guru kepada Asaari.

Pelik juga, takkanlah murid Sheikh Mahmud Bukhari mempunyai anak murid yang jahil ilmu Tauhid ? Antara WAJIB RASUL IALAH SIDDIQ, dan sifat MUSTAHIL RASUL IALAH DUSTA. Tetapi Asaari yang kononnya belajar dengan Sheikh Mahmud Bukhari, Sheikh Ahmad Dahlan dan sebagainya takkan tak belajar Ilmu Tauhid ? Saya tak pernah belajar dengan Sheikh Mahmud Bukhari, tapi saya TIDAK MENGATAKAN RASULULLAH PENDUSTA SEBAGAIMANA ASAARI. Saya rasa kalau Tok Guru Asaari masih hidup, saya yakin, MEREKALAH YANG AKAN MENGELUARKAN FATWA MENDAHULUI FATWA pihak Pusat Islam.

Dalam buku NASIHAT BUAT MU tulisan Asaari, dia menyerang Prof Dr Mansur Mohd Nor, salah seorang bekas pengikutnya yang berpaling tadah dari Asaari. Dia menyelar, Prof Dr Mansur, walaupun Prof. Dr Mansur ada PhD tapi tidak ada sebuah buku pun yang Prof Dr Mansur tulis. Sedangkan Asaari, walau tidak ada PhD, sudah menulis 65 buah buku.

Jawapan Saya : Kalau nak ukur kebenaran seseorang BUKAN DENGAN BANYAKNYA TULIS BUKU, tetapi kena ukur DENGAN SEJAUH MANA AMALAN SYARIAT. Betul, Prof Dr Mansur tak pernah menulis WALAU sebuah buku. Saya pun tak pernah tulis walau sebuah buku, tetapi saya HAIRAN, orang yang menulis 65 buah buku boleh MENGATAKAN BAHWA RASULULLAH SEORANG PENDUSTA.

Mari saya senaraikan kes jenayah yang telah disenaraikan oleh pihak kerajaan yang dilakukan oleh Asaari & Rufaqa yang telah disenaraikan oleh pihak polis hasil laporan polis yang dibuat oleh masyarakat dan siasatan pihak LHDN & KWSP.

1. Kes mengugut ( oleh salah seorang pemandu kepada Asaari )
2. Kes menganggu ketenteraman rumahtangga ( atau lebih tepat mengganggu isteri orang yang dilakukan oleh anak Asaari sendiri ).
3. Tidak mencarum kedalam KWSP untuk pekerja
4. Tiada pengisytiharan Cukai Pendapatan ( itu pun boleh mengaku jutawan - kelakar )
5. Kes penipuan perdagangan ( tunggakan hutang tidak berbayar oleh kedai Rufaqa yang dikendalikan oleh anak-anak Asaari)
6. Kes Rogol ( di Klinik Ikhwan Rawang )
7. Rasuah ( salah seorang pemimpin Rufaqa yang menjadi YDP Daerah sebuah negeri )
8. Doktor palsu sehingga melibatkan kematian bayi yang lahir dan ibu pula mnghadapi komplikasi kesihatan ( Klinik Amalina aka Ikhwan milik Rufaqa )

jadi saya menyeru kepada sakiyna710@yahoo.com

gunakanlah Al Quran dan Sunnah untuk menilai antara kaca dengan permata.

Adalah mustahil orang yang melakukan sesuatu BERTENTANGAN SYARIAT ISLAM menjadi pejuang kebenaran, MELAINKAN mereka diupah oleh Gerakan Yahudi atau Majlis Gereja bagi menyesatkan umat Islam.

Jika ilmu asas Islam iaitu ilmu Tauhid pun sudah bercelaru oleh Asaari dan pengikutnya, tak perlulah kita cerita bab yang lain.

 
At 8:30 PM, Anonymous Anonymous said...

http://groups.yahoo.com/group/myqalam/message/825

ELY HUSSIN sakiyna710@... wrote:

Assalamualaikum

Pada masa musuh merancang pengharaman dahulu, mereka menggunakan
apa sahaja jentera dan tentera UPAHAN untuk memburuk-burukkan jemaah sehingga keluarlah artikel2 seperti itu..
It is A GAME, a big terrible game..

Padahal bekas Menteri Agama sendiri iaitu Datuk Dr Abdul Hamid Othman sendiri berkata yang Aurad Muhammadiah tidak salah..
Bab Yaqazah [pertemuan dengan Rasulullah] itu DIPUTAR BELIT dan fakta jahatnya diada2kan...
---Think like a KGB agent or A MOSSAD agent...!!!
Come to think of it..siapa mastermind di sebalik tuduhan jenayah seks tersebut? Lihat apa terjadi kepada beliau sendiri...

Only TIME will tell the TRUTH..!

Tuduhan-tuduhan:
1 - DIALOG PALSU ANTARA ASAARI & "RASULULLAH" yang DICIPTA OLEH ASAARI demi
menanam rasa TAKSUB BUTA OLEH PENGIKUTNYA YANG JAHIL TERHADAP ILMU FARDHU
AIN. Dialog tersebut telah menggambarkan bahawa RASULULLAH SEORANG
PENDUSTA.
2 - LESBIAN, ROGOL, BUNUH, LIWAT, PELACURAN, PENZINAAN dan sebagainya.
Masyarakat pun pernah mendengar desas-desus sewaktu dalam Al Arqam dulu
wanita-wanita dijadikan HAMBA SEX.
3 - a. Buku tentang nahas di Bario. Dalam buku tersebut JELAS menyatakan
orang Rufaqa atas permintaan jin, menyembelih kambing dan menjadikan darah
kambing sebagai persembahan kepada jin bagi membantu mencari mangsa.

Jawapan cik_awae_dondae :


hahahaha

sakiyna71@... cuba mahu lari tajuk. Jangan cuba nak memesongkan topik perbincangan.

Quote sakiyna710@...


Pada masa musuh merancang pengharaman dahulu, mereka menggunakan
apa sahaja jentera dan tentera UPAHAN untuk memburuk-burukkan jemaah sehingga keluarlah artikel2 seperti itu..
It is A GAME, a big terrible game..

Jawapan saya : Dialog yang dicipta oleh ASAARI yang menggambarkan Rasulullah SAW seorang pendusta, Dialog itu DICIPTA SENDIRI OLEH ASAARI dan disiarkan oleh pihak kerajaan di Bulletin Utama TV3 agar masyarakat menilai sendiri KESESATAN ASAARI. Ini bukan "tentera upahan" sebab yang melakukan dan mencipta dialog tersebut ialah ASAARI SENDIRI. BUKAN ORANG LAIN. hahahaha sakiyna710 , anda sendiri tidak faham apa yang anda perkatakan, sudahlah ilmu asas tauhid anda tak faham. hahahaha


Quote sakiyna710@...

Bab Yaqazah [pertemuan dengan Rasulullah] itu DIPUTAR BELIT dan fakta jahatnya diada2kan

Jawapan saya : Bukankah saya dah kata, isu yakazah, imam mahdi, syahadh bersambung, bagi orang yang pelajari ilmu tauhid yang disusun oleh Imam Abu Hassan Al Asyari dan Imam Al Maturidi, isu tersebut adalah isu remeh. Sebaliknya dialog CIPTAAN ASAARI YANG MENGGAMBARKAN RASULULLAH SAW ITU SEORANG PENDUSTA SUDAH CUKUP UNTUK MENJADI ASAS untuk mengelurakan fatwa SESAT & MENYESATKAN. Elok juga sakiyna710@... memperdengarkan dialog antara "ASAARI & RASULULLAH CIPTAAN ASAARI" kepada orang yang anda kata simpatism Rufaqa. Biar mereka sendiri menilai, sesat atau tidak sesat, hahahaha, Saya yakin, orang Indonesia, pengetahuan Ilmu Islam mereka lebih kemas dari di Malaysia sebab di sana banyak pesantren.

Hahahaha. Kepada saudara seIslam dari Indonesia, ANDA BERHAK MEMINTA RUFAQA & SAKIYNA710@... untuk memberi izin kepada anda mendengar DIALOG ANTARA ASAARI & RASULULLAH. Jangan terkejut jika anda mendengar SUARA RASULULLAH DALAM DIALOG ITU SEPERTI SUARA ORANG JAWA hahahaha. Kemudian anda nilailah dengan menggunakan NERACA SYARIAT yang bersumberkan Al Quran & Sunnah. Nilailah sama ada apa yang ditulis ini benar atau salah.

Quote sakiyna710@...

Bab Yaqazah [pertemuan dengan Rasulullah] itu DIPUTAR BELIT dan fakta jahatnya diada2kan

Jawapan saya : Fakta apa yang jahat ? Isu DIALOG ANTARA ASAARI & NABI CIPTAAN ASAARI itu suatu fakta yang ada bukti dan disiarkan melalui televisyen. Ini suatu fakta dan BUKANNYA DAKWAAN PALSU. Saya harap sakiyna710@... silalah berlaku JUJUR & AMANAH. Jangan kerana ingin mempertahankan sesuatu kepalsuan yang nyata bertentangan syariat, maka sakiyna710 SANGGUP MENAFIKAN sesuatu fakta. Berpijaklah dibumi yang nyata dan sedarlah AKHIRAT HANYA ADA DUA TEMPAT perhentian, Syurga ATAU neraka. Takutilah azab neraka agar anda tidak menafikan fakta dan menyokong kebatilan.

Begitu juga insiden kemalangan helikopter di Bario, bukan orang luar yang menulis buku tersebut TETAPI orang Asaari dan Asaari disebut sebagai orang yang bertanggungjawab di dalam buku itu. Ini BUKAN PUTAR BELIT FAKTA. Ini adalah FAKTA YANG SEBENAR-BENARNYA. Kepada sakiyna710@... , ANDA yang sebenarnya memutar belitkan fakta. Sudah lempar batu , mahu sembunyi tangan. Tak malu ke ? hahahaha

Begitu juga KES ROGOL OLEH AHLI RUFAQA DI PUSAT OPERASI RUFAQA DI RAWANG. ITU JUGA FAKTA. Kita lihat sahaja sama ada Asaari akan menjatuhkan hukuman hudud pancung kepala kepada ahlinya yang merogol. Hahahahaha.

Quote sakiyna710@...

Come to think of it..siapa mastermind di sebalik tuduhan jenayah seks tersebut

Seperti saya nyatakan tadi, jenayah sex tersebut JUGA SUATU FAKTA bukan rekaan. Penangkapan Tabib Rufaqa disiarkan di akhbar dan program 999. Tak taulah, mungkin sakiyna710@... sibuk menonton ASTRO program Akademi Fantasia hingga tak ada masa nak menonton berita dan program jenayah 999. hahahahaha

Sepengetahuan umat Islam di Malaysia, "tentera" yang MENERIMA UPAH ialah Rufaqa, lihat sahaja Buku Islam Hadari tulisan Asaari dan bagaimana mereka memuja & memuji seorang pemimpin yang zalim lagi fasiq yang membiarkan Suruhanjaya Antara Agama dipertimbangkan perlaksanaannya ( bukan menghalang). Takkan isteri Asaari (Khadijah Am) dan menantunya (Mursyida Mustafa ) lupa akan janji mereka kepada Special Branch untuk membantu kerajaan melawan gerakan Islam di Malaysia bagi menguatkan sistem asabiah di Malaysia ? Bukankah ini merupakan salah satu syarat pembebasan Asaari ? hahahahaha. Kami sedar di Indonesia, sesiapa sahaja boleh murtad dan jadi kristian, di Malaysia, kami tidak redha ianya berlaku dan amat berharap Indonesia juga akan bangun menentang penubuhan Suruhanjaya Antara Agama yang MENGHALALKAN MURTAD.

Jadi saya harap, KITA SEMUA menggunakan ilmu syariat yang bersumberkan AL QURAN & SUNNAH untuk muhasabah setiap tindak tanduk amal perbuatan. Baru kita tahu , SIAPA YANG JAHAT ? hahahaha

P/S sakiyna710, saya tak pernah lihat anda menyuruh pembaca untuk menggunakan ilmu syariat yang bersumberkan AL Quran & Sunnah untuk menimbang perbuatan dan amalan ahli Rufaqa , adakah anda takut KEBENARAN TERSERLAH ? hahahahaha

Quiote sakiyna710@...

Only TIME will tell the TRUTH..!

Jawapan saya : Ini pandangan rahib & paderi Kristian. Hahahaha, Kebenaran itu BUKAN MASA. Tetapi kebenaran itu terkandung di dalam AL Quran & Sunnah Rasulullah SAW. Janganlah kita mengukur kemajuan duniawi semata-mata, sebaliknya ukurlah amalan syariat dan hubungan kita kepada Allah dan hubungan kita sesama manusia. Apa guna menjadi jutawan jika Allah hendak dilawan. Apa guna menjadi kaya, jika Nabi pun hendak didusta. Apa guna hidup senang, jika hukum syariat sudah tidak dipandang. Apa guna duit banyak, jika Al Quran & Sunnah dipijak-pijak. Walau sehebat mana kita membangun dan mengejar kemajuan, TETAPI JIKA KITA DERHAKA KEPADA ALLAH DAN NABINYA, ke neraka juga tempat kembali kita di akhirat. Wal iyazubillahi minzalik


Fikir-fikirkanlah. Jangan jadi Si Luncai terjun dengan labu-labunya. Lebih -lebih lagi jangan jadi Labu Labi yang mengatakan "HENTAM SAJALAH LABIIIIIIIIIIIIIIIII".

Kita umat Islam, kita ada panduan yang ditinggalkan oleh Rasulullah SAW, iaitu Al Quran & Sunnah. Gunakanlah keduanya untuk menyuluh jalan didunia, menuju ke negara yang kekal abadi. JANGAN GUNAKAN TAKSUB BUTA yang tiada asas ilmu syariat.

 
At 8:38 PM, Anonymous Anonymous said...

ELY HUSSIN sakiyna710@... wrote:
Assalamualaikum wrb
Disamping banyak hate-mail yg saya terima dari individu2 yg membenci Abuya,
ada juga yg meminta saya? yg jahil ini...[off all!] menjawab khusus e-mail ini....
Di sini saya petik kembali e-mail yang difwd dari group lain ke japri/private mail saya...
oleh seorang sdra dari Indonesia.
E-mail ini dikutip di sibermelayu dan di fwd ke group2 yg membenci
perjuangan Abuya.[saya tidak terlibat dsikusi]

Saya hanya minat mengulas yang saya nak ulas sahaja, yang lain2 tu saya
rasa tak perlu dijawab..[Jika difikir2 sungguh terlalu dahsyatnya sesetengah fitnah ini hingga
hampir tidak logik....].

JAWAPAN cik_awae_dondae

Quote Sakiyna710
Saya nak tahu juga apa dialog antara RSAW dan Abuya yang dimaksudkan itu?
Jika dari versi ciptaan anda atau konspirator, bukan dari sumber sahih, susah nak percaya.

Pada zaman orang bijak2 sekarang, kurang yang percaya melulu..kecuali
mereka yang sudah diset mindanya akan benci taksub...

Jawapan Saya :
Kalau sakiyna710 tak tahu menahu tentang dialog tersebut, nampak sangat sakiyna710 sama ada pendusta kerna berpura-pura tidak tau ATAU sakiyna710 seorang pengikut TAKSUB BUTA sebab dialog tersebut telah disiarkan rakamannya di TV3( Rasanya dah berpuluh kali aku tulis ). Hahahahaha sakiyna710, SIAPA YANG TAKSUB BUTA SEKARANG ? Hahahaha

Quote Sakiyna710 :
Iya, saya rasa Abuya adalah antara orang yang paling bertaqwa di zaman ini hingga
orang lain melihat wajahnya dari sesat/kafir terus boleh masuk Islam. Orang yang tidak berapa
mengamalkan agama pun boleh berubah jadi baik...Ini ada bukti2nya...dan khabar benar, bukan khabar fitnah dan rekaan musuh.

Jawapan Saya :
Orang yang bertaqwa ialah melaksanakan titah perintah Allah dan meninggalkan larangan Allah. Adakah Mengatakan Rasulullah sebagai pendusta sifat orang bertaqwa ? Hahahahaha Jelas sangat awak ni TAKSUB BUTA KASIM SELAMAT. Nampak sangat sakiyna710, tidak menggunakan ILMU TAUHID dalam menilai antara yang haq dan yang batil. Sekali lagi saya nyatakan sila dapatkan rakaman dialog antara Asaari & "Nabi" yang disiarkan di TV3.

Quote sakiyna710 :
Setahu saya semasa dipaksa ber'taubat' [delayed telecast] di TV dahulu [1994] antara
sebab kesesatan ialah ijtihad Abuya mengenai seorang pribadi tertentu itu adalah
bakal Imam Mahdi..di sini saya petik sedikit transkripsi dialog penanya kepada Abuya,
beserta petikan transkripsi jawapan Abuya...................

Jawapan Saya :
Isu dia taubat kat TV tu isu remeh, tapi isu rakaman Asaari Al Kazzab dengan "NABI" itu sudah menjadi asas yang kuat untuk Ulamak Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang mengatakan sifat Wajib Rasul adalah SIDDIQ dan sifat mustahil Rasul adalah DUSTA. Asaari mennggambarkan yang sebaliknya. Sebab itulah dia difatwakan sesat dan menyesatkan. (SILA RUJUK RAKAMAN DIALOG ASAARI)

Quote Sakiyna710 :
Pada zaman cyber ini tuduhan melulu perlu bukti...Sumber maklumat bukan sahaja
dari akhbar2 berat sebelah seperti sebelum era Y2K dahulu... ..................

Apa bukti yang NYATA bahawa Asaari tu paling bertaqwa ? Mana bukti orang kafir yang tengok si Asaari Al Kazzab tu masuk Islam ? Mana bukti Asaari dan jemaah Rufaqa jemaah yang bakal masuk syurga ? (Takkan perogol boleh masuk syurga ? ) Nampak sangat sakiyna710 tak campur orang dan fikiran tertutup. Tak dapatkan maklumat dari sumber informasi yang sedia ada. Macam manalah orang Rufaqa macam sakiyna710 nak tawan dunia, hal perkara yang jadi dalam jemaah sendiri pun tak tau walau dah disiarkan dalam TV, akhbar dan jadi kes polis. Memang benar kesemua maksiat itu semua berlaku dalam Arqam dan Rufaqa. Isu Tabib Rufaqa Rogol anak dara orang , kan dah jadi kes polis. Janganlah nak sembunyikan yang batil Jujur dan amanahlah. Adakah anda mendatangkan BUKTI yang Asaari itu dah dijamin syurga ? Mana bukti ? Kami tak nampak pun dia dijamin syurga ? Kalau tak ada bukti dijamin syurga, mana tau dia tu yang paling bertaqwa yang anda claim ? Hahahahahaha

Quote sakiyna710 :
FITNAH JAHAT DGN MUDAH MENUDUH SYIRIK/KAFIR:..................

Jawapan saya :
Sila baca buku pasal Elikopter terhempas di Bario yang ditulis oleh orang Rufaqa/Skylab. Itu buktinya . Teruk betullah kau ni sakiyna710, dah lah tak amik pusing berita semasa, buku yang orang Rufaqa/Skylab tulis pun kau tak baca. Macam nikah nak jadi pengikut setia ? Hahahahaha Sahlah awak ni taksub buta.SEMUA BUKTI sama ada dari segi tulisan oleh pihak Rufaqa, rakaman suara Asaari, laporan kes polis. Semuanya jelas dan nyata. Hairan, macam mana awak tak tau , melainkan sakiyna710 seorang yang TAKSUB BUTA.

Quote sakkiyna710 :
Berhati2lah membuat tuduhan, walaupun kami tidak tahu siapa anda, malaikat tetap menulis.
Saya pun tidak mahu tahu apa nama e-mail anda...it is just not my style.

Jawapan saya :
Dari siaran rakaman dialog Asaari dgn "Nabi" ciptaan beliau yang menggambarkan Nabi/Rasul seorang pendusta, SAYA MENGISYTIHARKAN ASAARI ADALAH PENDUSTA AKHIR ZAMAN, DIA adalah ASAARI BIN MOHAMAD AL KAZZAB. Hahahahahaha Kepada sakiyna710, sila dengar semula rakaman dialog Asaari dgn "Nabi" ciptaannya yang disiarkan oleh TV3. Ianya BUKTI YANG NYATA. HAhahahaha.

And it is not my style to follow someone who is misled from the truth of Ahlus Sunnah Wal Jamaah

Quote sakiyna710 :
Ya Allah, hentikanlah fitnah yang tidak sudah2 ke atas jemaah Abuya ini..dan berilah petunjuk kepada mereka yang sudah tertutup hati untuk menilai yg baik dan buruk....
Saya tidak tahan lagi atas perpecahan dan budaya tuduh menuduh di kalangan bangsa kami
ini...Amiiiin....

Jawapan saya :
Apa yang saya utarakan disini BUKAN FITNAH tetapi ianya REALITI. ADA BUKTI sama ada dari segi tulisan oleh pihak Rufaqa, rakaman suara Asaari, laporan kes polis. Apakah sakiyna710 TIDAK DAPAT NAK MEMBEZAKAN antara kenyataan dan kepalsuan ? Kalau sudah terang nyata kebenaran dihadapan mata, tetapi kerana KETAKSUBAN dan KEJAHILAN awak, saya amat kasihan dengan awak. Anda tidak mampu menjawab setiap persoalan, sebaliknya memutar belitkan fakta. Telanlah kebenaran walau ianya pahit. Jika bukti nyata sudah ada didepan mata, gunalah ilmu syariat untuk menimbang kebenaran dan kesesatan. INGAT ALLAH & RASULULLAH adalah matlamat kita BUKAN ASAARI AL KAZZAB.

KEMBALILAH KEPADA AL QURAN & AS SUNNAH

Gunakan Al Quran dan As Sunnah sebagai kayu ukuran BUKAN KETAKSUBAN.

 
At 8:41 PM, Anonymous Anonymous said...

Quote sufi_tua@yahoo.com <<<<<<<< Rufaqa Tok tok , kau orang eltak Quran & Sunnah pun dia tolak tepi, dia ikut cakap Asaari Al KAzzab gak . Hahahahahahaha


Telah banyak fitnah telah dilemparkan oleh musuh-musuh Abuya tercinta terhadap jemaah dan Abuya sendiri. Di antara fitnah yang ditaburkan kepada orang ramai adalah mengenai:



1. Hadis Pemuda Bani Tamim yang mereka dakwa ciptaan Abuya

2. Kes yaqazah pada era Al Arqam dahulu

3. Dialog dalam kaset antara Abuya dengan Rasul SAW

4. Kes Bario

5. Kes rogol di Bandar Country Homes, Rawang

1.Mengenai "Hadis" ciri-ciri Pemuda Bani Tamim yang mereka dakwa adalah palsu dan ciptaan Abuya dan orang-orang Rufaqa. Sebenarnya memang "hadis" yang mereka minta itu tidak wujud sebab ciri-ciri Pemuda bani tamim itu tidak terdapat di dalam hadis tetapi dalam kitab "Jami'us Soghir" karangan Imam As -Sayuti iaitu Mujaddid kurun ke 9 Hijrah dan sebagaimana yang diketahui, Imam As-sayuti rhm Taala diberi karamah untuk melihat peristiwa masa depan. Jawapan ini telah diberikan kepada ahli fitnah tersebut tetapi isu ini tetap ditimbulkan dengan tujuan jahat untuk memburukkan Abuya




Jawapan cik_awae_dondae@yahoo.com

Ampun maaflah, sewaktu saya di Pondok Pasir Tumbuh ada juga ustaz kat sana buka kitab ini. Tak ada pula dibahaskan CIRI-CIRI PEMUDA BANI TAMIM seperti yang awak dakwa. Bak sini tolong bagi dibawah bab apa dan halaman apa dalam kitab Al Jami As Saghir cirri-ciri pemuda bani Tamim dibahaskan ? Setahu saya, Al Jami AL Saghir merupakan kitab himpunan hadis Sahih yang disyarahkan oleh Imam Jalaludin Al Sayuti dan BUKANNYA kitab yang menceritakan pengalaman kasyaf Imam Sayuti. Saya harap sufi_tua@yahoo.com boleh bagi maklumat lanjut tentang cirri-ciri pemuda bani tamim yang dibahaskan dalam kitab Al Jami’ As Saghir karangan Imam Jalaludin As Sayuti. Saya tak pernah pula terjumpa Imam Jalaludin As Sayuti membahaskan cirri pemuda Bani Tamim dalam kitab tu. Tolong bagi dibawah tajuk apa, bab apa, sub tajuk apa, halaman berapa ? Seingat-ingat saya, cirri Imam Mahdi ada dibahaskan dalam kitab tu, tapi tak pernah pulak terjumpa cirri Pemuda Bani Tamim dibahaskan dalam kitab tu. Saya harap sufi_tua@yahoo.com boleh bagi info, kalau tak boleh bagi info, saya anggap awak dah memfitnah Imam Jalaludin As Sayuti. Mengada-adakan benda yang tak ada, saya anggap anda ni ahli bidaah, jika gagal memberikan maklumat lanjut. Ini saya anggap sebagai muzakarah. Saya memang tak boleh nak harapkan kepada sakiyna710@yahoo.com atau grad_itt@yahoo.com yang tak mampu menjawab walau satu persoalan sebab mereka memang taqlid buta. Saya harap sufi_tua@yahoo.com tidak seperti mereka. Saya harap sufi_tua@yahoo.com sendiri membaca kitab Jamius Saghir dan TIDAK taqlid buta. Jangan fikir kami disini tak pernah baca,. Harap dapat berikan bab mana dan halaman mana yang ada sebut tentang cirri-ciri pemuda bani tamim dalam Jamius Saghir, sebab saya pernah baca kitab tersebut, tak ada pula saya jumpa. Jangan tak bagi.



Satu lagi yang saya musykil ialah tulisan seorang pengikut Asaari yang menggunakan nama pena Bintu Asaari dalam Majalah Ratu muka surat 53, yang mengatakan HADIS CIRI PEMUDA BANI TAMIM. Sekarang sufi_tua@yahoo.com pula kata dan sahkan ianya bukan hadis. Jadi jelas dan nyatalah ahli Rufaqa yang tulis dalam Majalah Ratu tu menyebarkan hadis palsu. Ish ishhh, iiisssshhhhhhhhhhhhhhhh. Ada juga pengikut Asaari Al Kazzab yang KONONNYA manusia paling bertaqwa yang sebarkan hadis palsu ya ?



Itu tentang cirri pemuda bani tamim. Bagaimana pula HADIS berkenaan WUJUDNYA pemuda bani tamim ? Kat kitab mana pulak nak dapat hadis tu ? Takkan guna kasyaf Imam Sayuti gak ? Tolong sufi_tua@yahoo.com input sikit dalam muzakarah ni :-“.



Kalau sufi_tua@yahoo.com pun tak baca kitab tu, harap sufi_tua@yahoo.com, suruh saja Asaari Mohamad tua kutuk tu jawab. Maklumkan pada dia, budak-budak yang tak tau baca muqaddam dan yang tak lulus Fardhu Ain, bolehlah dia jual nama Imam Sayuti dan kitab Imam Sayuti, bolehlah kelentong budak-budak yang jahil. Janganlah ingat kami kat sini tak pernah baca kitab. Nak kelentong pun, kenalah professional, kami kat sini dah lulus fardhu ain. Sebab tu kami tahu yang mana sesat, yang mana tak sesat. Elok Abuya Asaari tu tukar title jadi ALBUAYA Asaari.



Kat Bawah ni aku sertakan ciri pemuda bani tamim yang kejap kau orang kata ada dalam hadis, kejap kau orang kata tak ada dalam hadis ( yelaaaa bila orang tanya mana hadis ? kau tak leh jawab, kau jual pulak nama Imam Sayuti dengan Kitab Jamius Saghir. Kau ingat kami tak pernah baca ke kitab tu ? Kat mana ye dalam Kitab Jamius Saghir Karangan Imama Jalaludin As Sayuti ada cerita pasal ciri bani Tamim cam di bawah ? ) Hahahahahahahaha

From: asoib2000@yahoo.com
Date: Sun Jun 18, 2000 6:23 pm
Subject: CIRI-CIRI PEMUDA BANI TAMIM





Dia akan memakai serban bewarna biru dan bercelak mata.
Dia juga memakai tongkat yang merupakan sunah Rasul, khulafa ar Rasyidin, para wali dan ulamak muktabar.
Gamisnya atau jubahnya hitam dan hijau.
Misainya nipis dan berjambang.
Gigi depannya sulah (iaitu seperti kapak yang tajam)
Bertutur dalam bahasa 'Ajam (bukan Arab)
Tidak tinggi dan tidak rendah, tubuhnya tidak besar dan tidak gemuk tetapi sederhana iaitu edap mata memandang.
Kulitnya tidak gelap dan tidak putih tetapi seakan-akan kuning.
Apabila muncul kelak, wajib setiap mukmin menerimanya sebagai pemimpin mereka.
Dia merayakan hari Khamis.
Keperibadiannya lebih menonjol daripada ulama;-ulama' sezamannya.
Cara atau method nya lebih maju dan terkini daripada pemimpin-pemimpin lain.
Dia mampu menyelesaikan masalah besar dunia yang tidak mampu diselesaikan oleh pemimpin lain.
Dia adalah mujaddid yang disimpan oleh Allah iaitu mujaddid bersama Imam Mahdi.
Sifat-sifat dirinya, nama sebenar, suasana lahir jemaah, tanda-tanda jemaah dan nama/sifat jemmahnya sangat diketahui oleh orang alim Yahudi dan Nasrani ketika itu.
Ketika zahirnya, dia sukar bercakap.
Kemunculannya di negara pertemuan 3 buah laut.
Dia dan jemaahnya sangat mencintai Rasul SAW, ahlil bait dan para Sahabat r.a.
Karomah besarnya ialah dapat menyedarkan masyarakat kembali kepada jalan Islam.
Dia sangat rajin bekerja, berjihad dan beribadah.
Bagai singa di siang hari dan rahib di malam hari.
Sangat berani, jiwanya bagaikan kepingan besi dan fikiran jemaahnya bagaikan satu.
Berjalan secara bergerombolan iaitu jarang bersendirian.
Memakai sutera di atas bahunya.
Sangat berjaya dalam urusan hidup dan dapat mengamalkan Islam dalam kehidupannya.
Memakai serban hijau ketika tiada jemaah.
Memakai pakaian jubah gelap dan tebal.
Dia diterima di Khurasan sebagai pemimpin mereka dalam satu jemaah.
Zahirnya berjuang dan membangunkan Islam di Timur.
Sentiasa berjuang di jalan Allah Walaupun berat.
Mengamalkan tareqat iaitu jalan sufi yang dapat menghancurkan 7 gunung(nafsu)
Merupakan peletak dasar yang utama.


Hahahahahahahahaha



Kembalilah kepada Al Quran & As Sunnah.



Dah le Allah kau nak tipu, Rasulullah SAW kau kata pendusta, sekarang kau jual nama Imam Sayuti dan Kitab Jamius Saghir. Hahahahaha. Kasihan kepada sesiapa yang masih tak dapat petunjuk lagi. Hahahahahaha



P/S Akan datang jawapan berdasarkan Kitab Al Ibanah Anil Usul Al Diyanah oleh IMAM ABU HASSAN ASYARI RAHIMAHUMULLAHU TAALA, tentang sesat dan menyesatkan , serta rosaknya aqidah apabila mengatakan rasulullah saw itu kazzab dan bukan sadiqul masduq ( yang benar lagi dibenarkan kata-katanya ). Pendekata Dialog Antara Asaari Al Kazzab & "Rasulullah" tu adalah palsu dan MEROSAKKAN AQIDAH.

 
At 8:45 PM, Anonymous Anonymous said...

Quote sufi_tua@yahoo.com :
2. Mengenai kes yaqazah yang mereka dakwa itu memang berlaku pada era Arqam tetapi yaqazah yang dibuat itu adalah yaqazah palsu/bathil yang didalangi oleh Ust .Halim Abbas yang memang berniat untuk memburukkan Abuya. Setiap orang bertareqat yang haq tahu bahawa hanya GURU MURSYID sahaja yang boleh beryaqazah dengan Rasul SAW dan bukan anak-anak muridnya. Jadi, yaqazah yang diadakan itu adalah perbuatan yang dibuat bukan atas arahan Abuya tetapi musuh dalam selimut iaitu Ust. Abd. Halim Abbas dan orang-orangnya yang masuk Arqam bukan kerana ALLAH tetapi untuk merosak dari dalam. Pengikut Nabi Isa a.s pun ada yang membelot iaitu Yahuza, inikan pula Abuya yang hanya seorang mujaddid. Isu inilah yang dimainkan oleh ahli fitnah untuk mengelirukan masyarakat seolah-olah Abuya meredhai perbuatan itu dengan berdiam diri sedangkan Abuya sebagai guru mursyid perlu berhikmah dalam membaiki kesalahan "anak murid"nya itu. Ust. Abd. Halim dilantik menjadi pembantu kanannya pada era Arqam dahulu pun adalah dengan sebab agar mudah dipantau gerak gerinya dan disamping mentarbiah dirinya agar berubah.

Jawapan cik_awae_dondae :

Masalah dalaman orang arqam atau bekas arqam tu aku tak minat nak tau lah. Kau kata ini semua fitnah yang dibuat oleh orang bekas Arqam kepada Rufaqa. Itu semua aku tak mahu tahu. Bagi aku, KITA GUNA AL QURAN & AS SUNNAH dan suluh syariat Asaari Al Kazzab macam mana ? Tak payah pergi jauh, periksa ilmu tauhid, macam mana, ilmu feqah macam mana, ilmu tasauf dia macam mana. Senang aje.



Sewaktu pengakuan Asaari di TV kepada Pusat Islam, nama Hj Abd Halim Abbas tidak pulak disebut. Yang disebut ialah Azura. Itu yang aku ingat. Sekarang muncul pula nama Hj Abd Halim Abbas. Sapa pulak mamat sekor ni ? Sekarang aku nak taulah, berapa ramai sebenarnya yang boleh yakazah ni ? Aku dah rasa macam cerita keling tamil tengah mabuk todi pulak. Berbelit-belit cerita ni. Kejap Asaari yakazah, kejap Azura yakazah kejap Abd Halim yakazah. Aku rasa, Asaari mesti minat tengok cerita tamil Ranjinikanth.



Aku punya komenlah, Asaari Al Kazzab sebagai Big Boss Arqam, takkan tak boleh kontrol anak buah ? Jangan pulak nak jadikan kisah Yahuza dan Nabi Isa AS sebagai excuse. Gentlemanlah sikit, dah buat salah tapi tak mahu mengaku, baik buang aje “sebatang pisang goreng dengan 2 bijik ondeh-ondeh” tu.



Sewaktu pengakuan Asaari Al Kazzab bulan September 1994 di TV, dia sendiri mengaku ada dalam majlis yakazah yang dilakukan anak buah dia ( Sila Rujuk Rakaman Pengakuan Asaari yang masih tersimpan di arkib JAKIM). Aikkkk. Kalau kau ada dalam majlis tu takkan tak boleh buat apa-apa untuk menghalang ? MELAINKAN kau sendiri yang RESTU yakazah tu dibuat, Betul tak ? Logikkan ? Yalah, ini memang logic, kan kita dah belajar hukum akal dalam ilmu tauhid. Kalau Asaari Al Kazzab dan pengikut dia kata tak logik, ni nampak sangat tak habis belajar ilmu Tauhid Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Kalau tak habis belajar ilmu Tauhid Ahlus Sunnah Wal Jamaah, maka tak hairanlah aqidah boleh rosak, sebab tu jadi sesat dan menyesatkan. Pak Lah yang sekular toq toq pun boleh kontrol Isa Samad yang rasuah.

Kalau kau kata mamat nama Halim tu anak murid kanan Asaari untuk Asaari pantau, tapi Halim melencong dari apa yang Asaari suruh , aku rasalah elok kepada yang jadi pengikut Asaari ni tak payahlah bergurukan Asaari AL Kazzab ni, sebab orang yang hampir dengan dia pun dia tak boleh didik, apa lagi nak didik kau orang semua. Asaari ni BUKANNYA guru mursyid, tapi dia ni guru BULLSHIT. Mari sini, aku kempen kau orang masuk belajar agama di Pondok Pasir Tumboh ni. Aku jamin, inshaAllah kau semua tidak akan dapat ilmu yang sesat lagi menyesatkan seperti yang diajar oleh Asaari Al Kazzab Guru Bullshit. Hahahahahahaha.



KEMBALILAH KEPADA AL QURAN & AS SUNNAH



Quote : sufi_tua@yahoo.com <<<< salah seorang Ahli Taqlid Buta yang tak pernah belajar ilmu Fardhu Ain ( kalau belajar pun , dia tak tahu apa yang dia belajar ) Hahahahahaha
3. Ahli fitnah menuduh Abuya mengadakan dialog antara Abuya dengan Rasul SAW dan dengan sebab ini , pemfitnah menuduh Abuya menjadikan Rasul SAW sebagai Penipu/Pembohong kerana berdasarkan kaset tersebut, Rasul SAW ada menyebut Abuya akan mendapat Daulah dalam tempoh 3 bulan tetapi ini tidak berlaku. Ini JAWAPNYA: Kaset itu memang wujud, masakan TV3 dapat menyiarkannya. Ia adalah skrip perbualan yang dibaca oleh Abuya setelah Abuya beryaqazah dengan Rasul SAW dan bukannya rakaman perbualan secara langsung Abuya dengan Rasul SAW seperti yang di dakwa tukang fitnah. Dalam kaset tersebut ada disebut Rasul SAW bahawa Daulah akan terjadi dalam tempoh 3 bulan. Ini keterangannya. Sekiranya kita baca Al Quran ada ayat yang berbunyi: "Berdoalah kepada-Ku(ALLAH), nescaya Aku akan makbulkan (permintaanmu) itu". Sekiranya seseorang itu berdoa tetapi tidak memperolehi apa yang dihajatnya itu, bolehkah kita mengatakan ALLAH telah berbohong? Tentu sekali TIDAK! Kerana Maha Suci Tuhan daripada berbohong. Cuma Tuhan menangguhkan sahaja pemberian doa itu mungkin kerana dosa-dosa pemohon tadi . Seperti kata wali ALLAH Ibrahim bin Ad-ham, ada 10 perkara yang menjadi sebab Tuhan tidak makbulkan doa seseorang. Begitu juga semasa nabi Musa a.s memohon hujan ketika musim kemarau teruk melanda Bani Israel.Lalu Tuhan menyuruh nabi Musa menghimpun semua umatnya untuk mendirikan solat hajat dan berdoa ,dan selepas itu barulah ALLAH janjikan diturunkan hujan . Tetapi setelah dibuat, hujan masih tidak turun. Adakah Bani Israel menuduh nabi Musa berbohong kerana peristiwa tersebut? Tidak! Hujan itu hanya ditangguhkan ALLAH KERANA MASIH ADA 2 ORANG BANI ISRAEL YANG TIDAK BERTAUBAT DARIPADA DOSA MEREKA. Begitulah juga dengan kes janji Rasul SAW bahawa daulah akan berlaku dalam tempoh 3 bulan. Ia ditangguhkan ALLAH kerana masih ada ahli jemaah yang masih berbuat dosa dan tidak bertaubat daripada dosa mereka. Contohnya seperti ahli fitnah ni.

Jawapan cik_awae_dondae :



Kalau orang yang baca kitab Tauhid paling sempoi iaitu Risalah Tauhid, mereka akan kata kenyataan sufi_tua@yahoo.com ini MENYELEWENG DARI AQIDAH AHLUS SUNNAH WAL JAMAAH.

Antara 20 sifat kesempurnaan yang wajib bagi Allah serta wajib dipelajari dan diyakini oleh setiap orang yang mengaku muslim ialah IRADAH , ILMU dan KAUNUHU MURIDAN.

Antara sifat yang wajib ada pada Rasul serta wajib dipelajari dan diyakini oleh setiap orang yang mengaku muslim ialah SIDDIQ & FATANAH.


Allah akan memakbulkan doa seseorang hamba tetapi perlaksanaan iradah Allah itu tidak dibatasi dan di syaratkan oleh masa, kerana masa adalah makhluk. Wajib bagi Allah bersifat dengan sifat IRADAH & KAUNUHU MURIDAN. Dan wajib atas makhluk meyakini sifat kesempurnaan ini bagi mengesahkan aqidah. Jika seorang muslim tidak yakin akan kesempurnaan sifat Allah ini, aqidahnya tidak sah dan hidupnya tiada beza dengan seorang kafir. Dalam eri kata lain, orang yang keyakinannya dicelahi oleh syak, zan atau wahan tentang sifat kesempurnaan yang wajib ada pada Allah taala, aqidahnya telah rosak dan hakikatnya dia adalah kafir.

Apabila Allah perintahkan Nabi Musa menghimpunkan umatnya dan berdoa, hujan TURUN tetapi bukan pada masa yang dikehendaki oleh makhluk tetapi hujan turun pada masa yang dikehendaki oleh khaliq iaitu Yang Maha Pencipta. Sesiapa yang berpegang Allah wajib menurunkan hujan pada masa yang dikehendaki makhluk, maka nyatalah aqidah dia telah rosak. Macam mana sufi_tua@yahoo.com mengaji tauhid dengan Asaari ni? Benda sempoi dan perkara asas ilmu tauhid pun tak tahu.

Bukan itu sahaja, dalam MENTAFSIRKAN ayat tersebut pun Asaari dah salah. Tiada doa yang Allah tidak makbulkan. Jika tidak makbul di dunia, Allah makbulkan di akhirat. Sebab itu dalam ayat tersebut tidak disebut batas masa. Sebab iradah dan kudrah Allah itu hak mutlak Allah BUKAN hak makhluk.

Saya dapati Asaari AL Kazzab dan Rufaqa, mudah sangat mentafsir ayat-ayat Quran mengikut cira rasa nafsu sendiri. Serupa jugak waktu dalam Arqam, Asaari suka-suka tafsir ayat pasal kawin poligami, tu yang kerja kawin cerai-kawin cerai. Bila tengok bini dah rebeh dan gendut, boleh trade in dengan perempuan yang lagi muda. . Ni ayat Quran main suka-suka tafsir ikut nafsu, ilmu tauhid main-suka-suka selewengkan ikut nafsu. Apa nak jadi kau orang ni ? Hahahahahaha

Sila buka kitab Al Ibanah Anil Usul Al Diyanah karangan Imam Abu Hasan Al Asyari, dibawah tajuk Qadha dan Qadar, ada dihuraikan dan disyarahkan berkenaan doa makhluk dan qadha & qadar Allah terhadap makhluk NYA. Serta hubung kait Qadha & Qadar dengan sifat Iradah & sifat Kaunuhu Muridan Allah Taala.

Dalam dialog rekaan antara Asaari dan Nabi Palsu rekaan Asaari Al Kazzab. Asaari mendakwa, Rasulullah menjanjikan kepadanya mendapat daulah lagi 3 bulan. Sini kita dah nampak bahawa kesilapan WAJIBNYA factor masa menjadi iradah Allah. Masa adalah makhluk, MUSTAHIL makhluk yang menjadi syarat kepada kudrah dan iradah khaliq. Logik ke, bila kau buat sebuah kerusi, kau kena tanya kerusi punggung siapa yang boleh duduk atas kerusi, logik ke ? Punggung siapa yang nak duduk atas kerusi, hak mutlak orang yg cipta kerusi bukan hak mutlak kerusi. Begitu juga dalam kes ini, masa adalah makhluk, bukan hak makhluk untuk untuk tentukan iradah dan kaunuhu muridannya Allah taala.

Seandainya, pada tahun 1994 seorang bernama Mat Labu berkata kepada sufi_tua@yahoo.com “ Saya berjanji, awak akan jadi Perdana Menteri Malaysia lagi tiga bulan” , sekarang dah tahun 2005, sufi_tua@yahoo.com MASIH belum jadi Perdana menteri sebaliknya menjadi banduan. Pastinya orang yang bernama Mat Labu itu PENDUSTA dan juga MUNGKIR JANJI. Sebab yang dijanjikannya 3 bulan BUKAN 9 tahun.

Kalau begitu, cuba kita gantikan figur bernama Mat Labu dalam kes tadi dengan Nabi. Kenyataan dialog rekaan Asaari jelas menggambarkan Rasulullah SAW seorang pendusta. Ini jelas dan ini juga hukum akal dalam ilmu tauhid. Takkan tak mengaji tauhid ? Ilmu tauhid membabitkan keyakinan.

Adakah Rasulullah SAW Pendusta ? Maha Suci Allah, Allah tidak sama sekali menjadikan nabiNYA seorang pendusta. Mustahil Nabi bersifat dusta. Hanya Asaari Al Kazzab sahaja yang meletakkan Rasulullah SAW sebagai seorang pendusta. Semoga Allah melaknat orang yang mengatakan Rasulullah SAW bersifat dusta di dunia dan di akhirat. Amin YA Rabbal Alamin.

Orang yang belajar dan faham akan ilmu tauhid, akan nampak bahawa dialog tersebut adalah dialog palsu ciptaan Asaari. Malah Asaari sendiri dalam pengakuannya di TV tahun 1994, bahawa dialog tersebut tidak benar, adalah rekaan dan mengaku ianya tipuan syaitan. Tetapi diberi nafas baru semula oleh Asaari Al Kazzab setelah beliau menubuhkan Rufaqa setelah mendapati orang yang mengikutnya semua tak lulus fardhu ain dan jahil ilmu tauhid. ( rakaman pengakuan tersebut ada disimpan di JAKIM )

Cuba buka Kitab Al Ibanah Anil Usul Al Diyanah karangan Imam Abu Hassan Al Asyari di bawah tajuk sifat Siddiq bagi Rasul dan Nabi. Antara huraiannya berkenaan sifat yang wajib bagi Rasul & Nabi ialah SIDDIQ iaitu benar. Dan sifat siddiq ini bukan sahaja siddiq dalam perbuatan tetapi juga perkataan. Atau kata lain, Rasul & Nabi itu adalah sadiqul masduq ( orang yang benar dan apa yang dipertuturkannya adalah benar ). Mustahil Rasul mengatakan dan menjanjikan sesuatu yang tidak terlaksana. Barangsiapa yang mengatakan bahawa Rasul & Nabi sadiq tetapi tidak masduq ( Rasul & Nabi benar tetapi boleh bercakap tidak benar ), ini juga menandakan aqidah yang sesat. Kalau dalam dialog tersebut hanya mengatakan “ Awak akan jadi Perdana Menteri” mungkin kita boleh tawaqquf kerana tiada factor masa. Jadi ianya bila-bila masa boleh terlaksana. Tetapi kesilapan dan kebodohan Asaari Al Kazzab ialah apabila dia memasukkan factor masa dalam dialog rekaannya, secara tidak langsung, orang yang belajar dan faham ilmu tauhid Ahlus Sunnah Wal Jamaah akan nampak kekarutan dan kepalsuan dialog rekaan Asaari Al Kazzab. Secara tak langsung sahihlah ajaran dan fahaman aqidah Asaari mohamad Al KAzzab bertentangan dengan aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

Alasan mengatakan “kes janji Rasul SAW bahawa daulah akan berlaku dalam tempoh 3 bulan. Ia ditangguhkan ALLAH kerana masih ada ahli jemaah yang masih berbuat dosa”. Menunjukkan Asaari Al Kazzab cuba menggambarkan Rasulullah bersifat Jahil, dan Allah mustahil bersifat dengan sifat ILMU (mengetahui) sedangkan fahaman Ahlus Sunnah Wal Jamaah berpegang, sifat yang WAJIB Rasul & Nabi ialah FATANAH iaitu bijaksana dan wajib bagi Allah bersifat ILMU (mengetahui). Dan Nabi & Rasulullah SAW itu berkata berdasarkan apa yang diwahyukan oleh Allah. Firman Allah bermaksud: Tidaklah dia (Rasulullah SAW) mengucapkan mengikut kemahuan hawa nafsunya. Apa yang diucapkan tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan. (An-Najm: 3-4). Takkanlah Allah tu jahil sampai tak tahu yang ada pengikut Asaari Al Kazzab yang terlibat dengan dosa sehingga mewahyukan kepada Rasulullah SAW bahawa Asaari akan jadi perdana Menteri lagi 3 bulan ? Lepastu setelah berlalu 9 tahun, Asaari AL Kazzab masih jadi banduan, takkan kau nak kata “ALLAH TAK TAHU PADA TAHUN 1994, ADA ANAK BUAH ASAARI YANG BUAT DOSA, LEPAS TU ALLAH POSTPONE ASAARI JADI PERDANA MENTERI SETELAH ALLAH TAHU ADA DI KALANGAN ANAK BUAH ASAARI YANG BUAT DOSA“. Inikan mustahil. Siapa yang berfahaman sedemikian dan yakin dengan fahaman demikian, SAHIH MEREKA TELAH ROSAK AQIDAH. Takkan tak baca Quran kau orang ni semua ? Allah Yang Maha Pencipta mencipta alam ini, dan Allah lebih tahu apa yang akan terjadi sejak azali.

Bukannya : tahun 1994 Allah tak tahu ada anak buah Asaari yang buat dosa, lalu Allah wahyukan kepada Rasulullah untuk beritahu Asaari lagi 3 bulan Asaari jadi PM. Lepas tu bila tak jadi PM walau dah 9 tahun, kau orang buat alasan macam cerita tamil tengah mabuk todi.

Cerita yang Asaari ajar kepada anak buah dia dan cerita sufi_tua@yahoo.com ni seolah-olah begini kronologinya :

1. Allah tak tahu ada pengikut Asaari masih buat dosa, dan wahyukan kepada Rasulullah dan Rasulullah SAW beritahu kepada Asaari yang dia akan jadi PM ganti Tun Dr Mahathir lagi 3 bulan.

2. Setelah 3 bulan, Allah baru tahu yang ada pengikut Asaari yang masih buat dosa lalu Allah tak jadikan Asaari PM, lalu Tun Dr Mahathir serah jawatan PM kepada Pak Lah.

Logik ke ? Selaras ke dengan aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah ?

Kalau beginilah fahaman Asaari dan pengikut Asaari, memang wajiblah Pusat Islam dan segala mufti dan segala ustaz-ustaz pondok dan segala umat Islam yang berpegang kepada aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah mengharamkan Asaari Al KAzzab dan fahamannya sesat dan menyesatkan dan terkeluar dari aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

Saya ingin tegaskan sekali lagi, Allah Maha Mengetahui dengan sifat ILMUN NYA, sejak azali apa yang sudah, sedang dan akan berlaku kepada setiap makhluk. Statement yang dikeluarkan oleh Asaari Al Kazzab telah menafikan Allah SWT memiliki sifat Iradah, Ilmun dan Kaunuhu Muridan. Juga menafikan Rasulullah SAW memiliki sifat Siddiq & Fatanah.

Ikut hukum akal pun dan reality sebenar kehidupan manusia, orang bijaksana, sebelum buat sebarang kenyataan, dia akan nilai dulu kewarasan dalam kenyataan. Bukan keluar statement, lepas tu statement tak jadik seperti yang dikatakan. Yang buat statement , tapi statement tak jadi tu BUKAN Rasulullah SAW tetapi Asaari Al Kazzab.Rasulullah SAW itu bijaksana bukannya bangang macam Asaari Mohamad Al Kazzab pengerusi Rufaqa. Alahai, macam manalah agaknya anak-cucu kau orang nanti, kalau mak bapak, ilmu tauhid pun dah tunggang langgang.

Atau mungkin Asaari ini tak guna kitab Imam Abu Hasan Asyari? Tak apa. Kalau dia tak mahu guna kitab Imam Abu Hassan Asyari, kita buka kitab Al Futuhatul Ilahiah yang ditulis pada tahun 1318 M oleh Sheikh Muhamad Bin Abdullah As Suhaimi yang mengasaskan jemaah Tarikat Muhammadiah itu sendiri. Sila buka bahagian Muqaddimah kitab tersebut, muka surat dua. Muqaddimah kitab yang dikarang oleh Sheikh Muhamad bin Abdullah As Suhaimi juga bersetuju dan bersependapat dengan Imam Abu Hasan Asyari. Dari kitab itu juga jelas dan nyata pendirian beliau mengatakan sifat SIDDIQ rasul dan Nabi itu merangkumi sadiqul masduq ( benar dan dibenarkan kata-kata dan perbuatannya). Dan beliau juga bersependapat bahwa WAJIB Rasul itu bersifat dengan sifat Fatanah iaitu Bijaksana. Juga ditegaskan dalam kitab tersebut WAJIBNYA ALLAH bersifat dengan sifat Iradah, Kaunuhu Muridan dan ILMUN. Ini bermakna Sheikh Muhamad Bin Abdullah As Suhaimi berfahaman Ahlus Sunnah Wal Jamaah sebagaimana Imam Abu Hassan Asyari, dan fahaman mereka menolak bahawa rasul & Nabi boleh bersifat Dusta. Inilah pegangan aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Persoalan aqidah yang pokok, tidak boleh ada khilaf. Persoalan aqidah yang pokok, tidak boleh ada khilaf. Persoalan aqidah yang pokok, tidak boleh ada khilaf. Iman tidak boleh dicelah oleh syak, wahan atau zan. Iman mestilah satu keyakinan yang putus yang jazam. Kalau ada yang lari dari yang asas walau sedikit, atau dicelahi oleh syak, zan atau wahan, maka rosaklah aqidah.

Jadi begitu, dialog antara Asaari Al Kazzab dan “Nabi Rekaan Asaari” bukan sahaja bertentangan dengan ilmu tauhid Imam Abu Hasan Asyari, MALAH JUGA BERTENTANGAN dengan aqidah pegangang pengasas Tarikat Muhamadiah yang KONONNYA menjadi pegangan Asaari Al Kazzab. ( I don't think Asaari ni pengikut Sheikh Muhamad Abdullah Suhaimi, sebab fahaman aqidah Asaari sudah bertentangan dengan Sheikh Muhamad Abdullah Suhaimi. Asaari ni jual nama untuk tarik orang untuk jadi hamba abdi dia ) Hahahaha

Kalau Asaari Al Kazzab tidak puas hati, sila datangkan satu kitab yang menyangkal ilmu yang disusun oleh Imam Abu Hasan Al Asyari. Sila-sila kemukan kitab yang menafikannya. Dipersilakan. SAYA YAKIN, kesemua kitab ilmu tauhid Ahlus Sunnah Wal Jamaah akan mempunyai pendapat dan fahaman yang sama dengan Imam Abu Hassan Asyari, kerana aqidah ahlus sunnah wal jamaah itu hanya satu. Jadi kalau disuluh aqidah dan tauhid Asaari mohamad Al Kazzab Pengerusi Rufaqa guane ?

Jadi di sini SIAPA YANG JADI TUKANG FITNAH ? Sila sufi_tua@yahoo.com majukan isi kandungan muzakarah ini kepada Asaari AL Kazzab. Saya menantikan jawapan ilmiah dengan sandaran ilmu yang benar. Hahahahaha.Bahasa yang saya gunakan ini bahasa kampung, mudah faham & tak berbelit. Kembalilah kepada Al Quran dan As Sunnah. Rasulullah S.A.W. telah pun memberikan amaran terhadap orang-orang yang mengadakan pendustaan atas namanya dengan ancaman yang berat sebagaimana sabdanya: Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka. (Bukhori, Muslim)



Jelas dan nyatalah bahawa pegangan Asaari Mohamad Al Kazzab yang menjadi Pengerusi Rufaqa dan para pengikut Rufaqa, secara ilmiah adalah terkeluar dari pegangan Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Ini adalah disebabkan salah faham mereka terhadap ilmu tauhid sebab mempelajari ilmu bukan dari guru yang haq.

Maka dengan itu saya tidak jemu untuk terus menyeru “KEMBALILAH KEPADA AL QURAN & AS SUNNAH”

P/S - sehingga kini saya masih menanti jawapan dalam bab mana, sub juzuk mana dalam Kitab Jamius Saghir karangan Imam Sayuti membicarakan ciri-ciri Pemuda Bani Tamim ? Begitu juga dalam Kitab hadis mana yang ada menyebut tentang Hadis Pemuda Bani Tamim ?

 
At 3:27 AM, Anonymous Anonymous said...

Yaa Allah!

Jika benarlah Ashaari Muhammad berdusta di atas nama rasulMu dengan tidak sengaja kerana kejahilannya atau kerana ketidaksiuman akalnya, ampunkanlah dia dan berikanlah dia kesedaran, bimbingan dan taubat.

Yaa Allah!

Jika benarlah Ashaari Muhammad berdusta di atas nama rasulMu dengan sengaja dan bukan kerana kejahilannya dan bukan kerana ketidaksiuman akalnya, maka Engkau laknatilah dia sehingga dia menjadi bisu, pekak dan buta di dunia lagi sebelum di Akhirat, sebagai satu amaran kepada manusia-manusia lain.

 
At 9:13 AM, Anonymous Anonymous said...

Bismillah
Allahummasollia'lamuhammad waa'laalimuhammad

1) Menjadi persoalan sampai sekarang mengapa pihak KERAjaan tidak membicarakan secara terbuka Pangasas & pengikut Al-Arqam? Sekalipun tidak kepada umum, jemput pendakwah2 bebas dan wakil pertubuhan politik yg diiktiraf untuk membicarakan mereka, MENGAPA?
2) Jika Al-Arqam didakwa sesat dgn segala macam pertuduhan yg tidak dapat di jawab oleh mereka secara adil, APAKAH TIDAK SESAT org2 yang melanggar hukum Allah secara terang2an spt memberi lesen menjual arak , memberi lesen berjudi. Sepatutnye lebih utama mereka ini ditarbiyah.

iyyakanaqbudu waiyyakanastai'n
ihdinassirotolmustaqim

 

Post a Comment

<< Home